Connect with us

Luar Negara

‘Overdose’ Ubat Kuat, Pasangan Suami Isteri Baru Berkahwin Maut

Penjualan ubat-ubatan terlarang kini semakin tidak terkawal. Sehinggakan ramai individu yang menjadi mangsa dengan membeli ubat tersebut dan mengalami kesan sampingan, ada juga yang sampai maut.

iospital phone repair gombak

Memetik laporan Tribut Jogja, sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin ditemui mati di dalam sebuah hotel bertempat di wilayah Karanganyar, Jawa Tengah pada Isnin lepas.

Difahamkan, mangsa meninggal akibat penggunaan ubat kuat yang berlebihan sehingga ‘overdose’.

Pasangan suami isteri itu telah ditemukan oleh seorang petugas hotel berkenaan yang berasa curiga akan mengapa pasangan itu tidak memberi sebarang respon kepada pihak hotel sejak hari Sabtu.

Dikatakan, pasangan suami isteri itu berasal daripada Kota Solo dan telah ‘check in’ di hotel pada jam 4.35 petang, Sabtu lalu.

Lalu keesokan harinya pula, pasangan itu sempat menghubungi staf hotel untuk menginap di hotel itu selama sehari lagi.

Bagaimanapun tepat masa untuk ‘check out’, tiada apa-apa respon diterima oleh staf hotel mengenai pasangan tersebut.

Justeru, pihak hotel menganggap mereka ingin menginap sehari lagi dan tidak mengganggu mereka.

Timbul rasa curiga dan hairan, staf hotel mula menyemak bilik yang didiami oleh pasangan itu.

Namun disebabkan pintu bilik yang terkunci, pihak hotel terpaksa melihat dari ruang udara bilik itu dan akhirnya telah mendapati bahawa pasangan suami isteri itu telah pun meninggal dunia dalam keadaan terbaring dan mengeluarkan bau.

Ketua Polis Karanganyar, Budi Raharjo menyatakan bahawa pasangan tersebut maut disebabkan oleh penggunaan ubat kuat yang berlebihan.

Katanya, pasangan itu juga tidak mempunyai sebarang tanda-tanda pergelutan.

“Dalam kejadian tersebut mangsa tidak ditemukan tanda-tanda penganiayaan,” terang beliau.

Setelah pemeriksaan hospital dilakukan, didapati pembuluh darah pasangan tersebut pecah oleh sebab penggunaan suplemen ubat kuat yang berlebihan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.