Connect with us

Viral

Orang Semenanjung Iri Tengok Harga Makanan Laut Di Sabah Sehingga Nak Pindah Sana!

Dekat sini mesti ada penggemar makanan laut kan? Kalau tak makan di restoran, mesti beli sendiri sahaja ikan, sotong mahupun udang di pasar.

Tapi pada hakikatnya, harga makanan laut lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan harga ayam atau daging. Mungkin kerana faktor cuaca yang meghalang nelayan untuk menangkap ikan.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok bernama Alif Haikal telah memuat naik sebuah video yang memaparkan harga makanan laut di Sabah jauh lebih murah daripada semananjung!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mana taknya, sekilo sotong cuma berharga RM3 manakala ikan sekilo RM5! Sudahlah murah, makanan laut yang dijual di pasar berkenaan turut dilihat segar dan saiz yang besar!

Tambahan pula, Sabah merupakan negeri yang hampir dengan laut-laut dan pantai. Jadi tak hairanlah jika penjual meletakkan harga yang murah kerana lokasi untuk mereka menangkap ikan sangat hampir dengan mereka.

Turut dilihat di dalam video yang dikongsikan pemuda tersebut, bukan sotong dan ikan sahaja yang jual malah banyak jenis lagi hidupan laut yang dijual di situ.

Disebabkan terkejut dengan harga yang terlalu murah,  Alif siap berkata, “Menangis orang semenanjung tengok” di ruangan kapsyennya.

Setakat artikel ini ditulis, video yang dimuat naik Alif tular dengan mengumpul jumlah tontonan sebanyak 726.2 ribu serta mendapat 32.1 ribu tanda suka!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya cemburu dengan harga makanan laut yang ditawarkan di Sabah. Sehinggakan ada yang mahu pindah ke Sabah!

Ada juga yang turut mengakui harga makanan laut di Sabah memang murah. Tidak dapat dinafikan lagi. Mereka siap berkongsikan cerita seperti kenyang dengan makan makanan laut sahaja ketika berada di Sabah!

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok

“sakitnya hati kte tgkkkkkkkkk🥰”

 

 

 

 

“@xyoikhwxn saya nak pegi sabah. Saya nak mulakan hidup baru kat sana pastu saya dengar seafood kat sana murah. Saya nak makan sotong 🗿🤌🏿”

 

 

 

 

 

 

 

“sotong semenanjung sekilo 33.00 boleh beli 11 kilo disabah….. kenyang makan sotong”

 

 

 

 

 

“kat sabah dari zaman dulu hasil tangkapannya dijual murah.tu yg seronok duduk disabah.”

 

 

 

 

 

Video yang tular di laman TikTok

@alif_haika1 Menangis Org Semenanjung Tgk 😅#sabah ♬ bunyi asal – Alif Haikal

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.