Connect with us

Semasa

Operasi Khas Lampu Isyarat Merah Dijalankan, Lebih 16K Saman Dikeluarkan

Keselamatan jalan raya sememangnya harus dipatuhi oleh setiap pengguna jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan yang semakin meningkat. Oleh hal demikian, pihak yang berkenaan harus memainkan peranan dalam menjaga keselamatan jalan raya.

iospital phone repair gombak

Melalui laporan Kosmo, sebanyak 16,163 saman langgar lampu isyarat telah dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Operasi Khas Lampu Isyarat Merah yang telah dijalanmkan baru-baru ini.

Difahamkan, operasi tersebut telah dibuat sejak 15 hingga 30 September yang lalu 1,659 lokasi seluruh negara.

Sebanyak 1,541 anggota terdiri daripada pegawai kanan dan rendah polis terlibat dalam operasi tersebut.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin menyatakan bahawa terdapat 71,069 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi itu dilakukan.

Jelasnya lagi, sejumlah 16,163 saman telah dikeluarkan di bawah Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat.

“Saman mengikut pecahan kenderaan yang tertinggi adalah motosikal (8,211), kereta (6,083), lori (528), bas (22), van (264), Motosikal tiga roda, treler, traktor(1,055).

“Selain itu, 24,276 saman telah dikeluarkan bagi lain-lain kesalahan,” ulas lanjut beliau.

Berdasarkan keterangan beliau, PDRM telah berjaya membuat enam tangkapan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan lapan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sepanjang operasi berkenaan.

Dikatakan, seramai 13 individu ditangkap memiliki waran tangkap saman trafik dan 75 kenderaan disita dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“PDRM memandang serius sikap pengguna jalan raya yang mewujudkan risiko kemalangan ekoran tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan mematuhi isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” terangnya.

Sekadar info, sebanyak 1.5 juta buah kenderaan telah melalui kamera AwAS di lampu isyarat dengan 10,355 kenderaan direkodkan melanggar lampu isyarat merah menurut ‘Statistik Kesalahan Tidak Patuh Had Laju dan Isyarat Lampu Merah Melalui Kamera (AwAS) Sehingga 5 Mei 2022‘ yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.