Connect with us

Viral

OKU Hampir Jatuh Tebing Gara-Gara Barang Baldi Air Peniaga Tepi Jalan

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2022) dilihat disambut dengan baik di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Ramai yang berkunjung ke sana untuk membeli dalam pada masa yang sama berkesempatan berjumpa dengan penulis kegemaran mereka.

Disebabkan jumlah pengunjung yang luar biasa, peniaga tidak melepaskan peluang menjual makanan dan minuman di kaki lima berdekatan WTC.

Pun begitu, sesetengah peniaga bersikap tidak bertimbang rasa kerana meletakkan barang perniagaan mereka merata-rata sehingga menggangu laluan pejalan kaki.

Perkara tersebut terjadi kepada seorang lelaki kelainan upaya bernama Ahmad Faiz. Kecewa dan kesal dengan tindakan peniaga air tersebut, dia meluahkan rasa kurang puas hati di laman Twitter dan tular.

“Siapalah yang luluskan boleh letak gerai dekat kaki lima ni.

“Sudahlah ini je satu-satunya laluan nak ke lif untuk naik jejantas (penghubung PWTC ke Sunway Putra).

Tambah Faiz lagi, mujur dia ke pesta buku itu bersama rakannya. Sekurang-kurangnya kawannya itu dapat membantu dirinya untuk mengalihkan barang yang menghalang jalan.

“Ini nasib baik aku datang dengan kawan, bolehlah dia tolong clear jalan, kalau datang sorang?,” luah Faiz di Twitter bersama sebuah video.

Video memaparkan kesukaran Faiz untuk melalui jalan tersebut kerana terdapat beberapa baldi yang berisi botol air. Malah, baldi besar tersebut hampir menghalang keseluruhan ruang pejalan kaki menyebabkan Faiz hampir terjatuh!

Faiz turut mendakwa peniaga berkenaan langsung tidak mengendahkan situasi tersebut.

Brother empunya gerai ni pula, apabila nampak sempit (saya) tak boleh jalan, dia boleh tengok je. Padahal yang menghalang jalan ni barang-barang dia. Entahlah.

“Dekat situ banyak lagi ruang lain boleh pacak gerai. Janganlah buka di laluan kerusi roda.

“Bahu kaki lima ni agak tinggi. Dengan ruang yang sangat sempit, roda wheelchair boleh tergelincir ke bawah… bahaya,” katanya.

Di ruangan komen, netizen tidak bersetuju dengan sikap sesetengah pihak yang hanya mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan golongan OKU.

Tweet yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.