Connect with us

Semasa

Muatnaik Foto Wanita Tak Bertudung Di Mekah, Anak Zahid Hamidi Ditegur Netizen

Sebelum ini, nama anak perempuan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah Ahmad Zahid menjadi sebutan ramai selepas videonya yang menyatakan “women are not born to be a leader” tular.

Baru-baru ini, Nurul Hidayah dilihat sedang menunaikan ibadah haji bersama suaminya. Perkara tersebut dikongsikan oleh Nurul sendiri di akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun, nama Nurul sekali lagi hangat diperkatakan di seluruh media sosial selepas bertindak menegur seorang wanita secara tertutup di Instagram.

Menerusi hantaran yang dibuat, Nurul bertindak mengambil beberapa keping gambar wanita yang tidak mengenakan tudung berkenaan di Starbucks Mekah.

Menurutnya, wanita tersebut tidak sewajarnya membuka tudung di rumah Allah dan seolah-olah tidak menghormati Islam. Katanya lagi, dia hampir sahaja mendekati wanita tersebut namun ditegah oleh suami.

Walaupun niatnya baik ingin menegakkan syariat Islam, namun hantaran yang dibuat menerima pelbagai persepsi dari warganet. Majoriti berpendapat tindakan mendedahkan aurat wanita tersebut di Instagram adalah tidak wajar dan tiada keperluan.

“Semalam saya di Starbucks ZamZam Tower, MAKKAH. Saya terkejut pertama kali menyaksikan di depan mata saya seorang wanita dengan selamba melepaskan tudungnya.

Saya tak pasti dia beragama apa setelah Saudi membuka ruang ‘Tourists Visa’ adakah agama lain dibenarkan masuk ke Tanah Suci Mekah? ATAU wanita ini sedang mengalami masalah mental?” tulisnya.

“Jika non muslim pun, dia patut menghormati tempat kat mana dia berada,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak menyokong dengan tindakan yang dibuat. Malah mereka menasihatkan agar Nurul sentiasa bersangka baik lebih-lebih lagi di tanah suci.

Hantaran yang tular di laman Instagram

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.