Connect with us

Viral

Netizen Terkejut Porter Ambil Upah RM5 Untuk Angkut Barang Berat Pendaki Naik Gunung Kinabalu

Mendaki gunung memang mencabar mental dan fizikal selain memerlukan stamina yang kuat. Pendakian akan jadi lebih mencabar apabila seseorang individu membawa beg galas yang berat naik ke gunung.

Oleh itu, bagi menyenangkan orang ramai, muncul lah idea-idea penduduk sekitar yang menawarkan perkhidmatan mengangkat barang. Selain memudahkan pendaki, keuntungan turut diterima.

Di TikTok, seorang pemuda, @jvymius97_aolm berasal dari negeri Sabah telah mendedahkan harga perkhidmatan mengangkat barang yang ditawarkan. Menurut pemuda tersebut, upah dikira mengikut kilogram dimana sekilo barang akan dikenakan sebanyak RM5.

Pemuda yang juga porter di Gunung Kinabalu ini sering berkongsi dengan pengikutnya tentang perjalanannya menjadi porter. Menurutnya, dia mengangkut barangan dari titik mula ke base camp Panalaban (Laban Rata) sejauh 6 kilometer.

Untuk pengetahuan semua, pendakian mengambil masa 4 jam naik dan 3 jam untuk turun. Pun begitu, dia  berkata akan tetap berjuang untuk teruskan hidup.

Setakat artikel ini ditulis, video tular ini telah meraih tontonan sebanyak 680.5 ribu serta mendapat 47.5 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menganggap upah yang diambil terlalu murah dan boleh dinaikkan lagi agar setimpal dengan tenaga yang digunakan. Selain itu netizen mendoakan agar porter ini terus semangat dalam melakukan pekerjaannya.

Video yang tular di laman TikTok

@jvymius97_aolm #jawapan kepada @user9076455044982 #fyp ♬ bunyi asal – Jvy weterproof_AOLM

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.