Connect with us

Semasa

“Negara kita tidak berhadapan sebarang krisis ekonomi” – Menteri Kewangan

Seperti yang kita tahu, sebelum ini dikatakan krisis ekonomi dan kewangan akan menjadi lebih teruk berbanding tahun ini pada tahun hadapan. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Menteri Kewangan Malaysia.

iospital phone repair gombak

Menurut video yang dimuat naik di laman Twitter pengguna @501Awani, Menteri Kewangan Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menyatakan bahawa negara Malaysia tidak akan mengalami sebarang krisis ekonomi atau kewangan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Berdasarkan kenyataan beliau, akaun negara sehingga kini kekal berada dalam keadaan positif walaupun dilanda dengan beberapa cabaran dan faktor luaran pada tahun ini.

“Asas-asas ekonomi dan sistem kewangan Malaysia kini jauh lebih berbeza.

“Ini adalah berikutan pembaharuan ekonomi dan kewangan yang dilaksanakan berikutan krisis kewangan Asia seperti struktur ekonomi domestik dengan lebih pelbagai.

“Disokong oleh sistem kewangan yang bermodal baik dan kedudukan luaran yang kukuh, dan sebagai contoh pasaran kewangan negara sekarang sangat terbuka dengan penyertaan pelabur asing yang tinggi dan kita mempunyai pelbagai ekonomi dan juga lebihan akaun semasa didorong oleh eksport yang pelbagai.

“Setakat tahun ini, akaun semasa kekal positif dengan jumlahnya RM 3 billion pada suku pertama, dan RM 4.4 billion pada suku kedua.

“Oleh itu, walaupun kita dilanda beberapa cabaran yang berpunca daripada faktor luaran yang berada di luar kawalan kerajaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa negara kita tidak berhadapan atau menuju ke arah sebarang krisis ekonomi mahupun kewangan,” jelas beliau.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh beliau pada sidang parlimen pagi tadi.

 

Video persidangan Menteri Kewangan:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.