Connect with us

Semasa

“Nasihat Yang Amat Baik…”, Faizal Azumu Positif Terima Nasihat Dari Ultras Malaya

Tumpasnya skuad Harimau Malaya di tangan Bahrain pada Sabtu lepas telah menyebabkan penyokong bola sepak tanah air menuding jari kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.

Malah beliau turut mengeluarkan kenyataan beberapa hari lepas dengan mengatakan sorakan daripada 63,000 penyokong di stadium telah mengganggu fokus pemain seolah-olah perkara tersebut menjadi punca kekalahan pasukan negara.

Semalam, Stadium Nasional Bukit Jalil sekali menjadi saksi kekuatan semangat kesukanan ultras Malaya ketika Malaysia menentang Bangladesh.

Keputusan 4-1 dalam aksi terakhir kumpulan E telah menggembirakan hati ramai penyokong secara tidak langsung penantian selama lebih empat dekad telah melayakkan skuad negara ke Piala Asia 2023!

Sementara itu, seramai 52,964 penyokong Malaysia datang bersorak memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan yang penuh bermakna itu. Mereka turut menulis kata-kata semangat di atas kain rentang .

Bagaimanapun, salah satu kain rentang yang dinaikkan oleh para penyokong mendapat perhatian ramai apabila ia ditujukan khas kepada menteri tersebut.

Tidak cepat melenting, Faizal Azumu bersikap positif malah berterima kasih kepada semua penyokong atas nasihat yang baik walaupun kain rentang tersebut berbaur negatif.

“Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua! Terima kasih! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita” katanya.

Bekas Menteri Besar Perak itu membuat permohonan maaf ekoran kenyataannya berhubung sorakan ‘pemain ke-12’ skuad Harimau Malaya yang dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia di tangan Bahrain Sabtu lepas, lapor Bernama.

“Saya rasa saya perlu memohon maaf kepada semua peminat. Saya juga seorang daripada peminat dan saya kira yang penting sekarang ini ialah untuk terus beri sokongan kepada pasukan kita tanpa berbelah bahagi,” katanya.

Tweet yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.