Connect with us

Viral

Nak Ikut Budaya Orang Sarawak Makan Ulat Sagu Tapi Termakan Ulat Tanah, Pemuda Dikecam

Malaysia memang kaya dengan pelbagai suku kaum, budaya dan adat. Tidak dapat dinafikan lagi budaya dan adat dari suku kaum masing-masing memang menarik untuk dipelajari oleh semua rakyat Malaysia!

Pun begitu, sesetengah adat mahupun budaya haruslah dipelajari dengan dalam terlebih dahulu sebelum kita ikut. Dibimbangkan nanti akan menyinggung perasaan mana-mana kaum yang ada di negara ini.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang TikTok famous telah mencuba untuk memakan ulat sagu seperti yang selalu dilakukan orang Sarawak.

Untuk pengetahuan semua, ulat sagu merupakan makanan eksotik dan istimewa untuk masyarakat Borneo, terutama Melanau di Sarawak. Pun begitu, ulama berpendapat ulat sagu atau juga dikenali sebagai ulat murong haram dimakan oleh umat Islam kerana dianggap jijik.

Dalam video yang dimuat naik semula oleh @kamekmiak_sarawak memaparkan pemuda tersebut meletakkan selambak ulat tanah yang dianggapnya ulat sagu ke dalam sebuah mangkuk. Dia turut mengungkapkan hasratnya untuk memasak ulat tanah tersebut untuk dimakan.

Lebih mengejutkan, pemuda itu sendiri tahu tentang hukum seorang muslim memakan ulat tersebut. Malah dia mengaku dengan hanya melihat kaki ulat seperti kaki lipas itu sudah cukup membuat dia tidak sanggup untuk menjamah.

Namun demi likes dan view, pemuda itu sanggup memberanikan diri. Dia juga sempat mengajak followers di TikTok untuk sertai sesi Live yang bakal dibuatnya untuk melihat sendiri ulat itu dimasak dan dimakan olehnya!

Video yang dikongsi di TikTok itu berjaya meraih tumpuan umum terutama sekali orang Sarawak. Mereka dilihat mengetawakan pemuda tersebut kerana terlalu mencuba untuk menjadi orang Sarawak.

“Sebagai orang Sarawak, tak pernah min tengok ulat sagu macam itu?” tulisnya.

Video yang tular di laman TikTok

@kamekmiak_sarawak #tiktoksarawak #kamekmiaksarawak ♬ bunyi asal – Kamek Miak Sarawak

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.