Connect with us

Viral

“Muka selamba je,” Tukar ‘Pampers’ Atas Meja Makan Restoran, Pasangan Ini Undang Kecaman Netizen

Pada masa kini, sudah menjadi kebiasaan untuk bayi dipakaikan lampin pakai buang dalam memudahkan proses membersih serta membuang najis. Dalam pada itu, di sebalik kebiasaan memakai lampin buat anak kecil, nampaknya masih terdapat pasangan yang kurang sensitif dengan tempat menukar lampin pakai buang atau pampers ini.

Terbaru, tular di TikTok @xiboba.saltedcaramel apabila merakamkan sebuah pasangan yang dengan selamba menukar pampers anak mereka di atas meja makan restoran yang turut ditonton oleh orang ramai.

Perlakuan keterlaluan pasangan ini bukan sahaja membuatkan mereka yang menjamah di restoran berkenaan berasa tidak selesa, malah turut mengejutkan netizen melihatkan pasangan ini yang memilih untuk menukar pampers di tempat menjamah makanan. Berikut merupakan respon netizen mengenai video yang tular.

Setakat artikel ditulis, video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu telah diturunkan oleh pihak perakam. Walau bagaimanapun, tindakan yang dilakukan tidak seharusnya menjadi contoh khususnya melibatkan tempat khalayak awam menjamu selera.

Video tular di laman Tiktok:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.