Connect with us

Viral

MPAJ Terpaksa Robohkan Rumah Flat Akibat Ubat Suai Melampau Ala ‘Banglo’ Tanpa Kelulusan

Rumah pangsa atau selalu dipanggil rumah flat oleh orang kita kebiasannya tidak akan diubah suai kerana seperti yang kita tahu, rumah pangsa merupakan hak milik strata.

Sudahlah dilarang mengubah suai dek atas perintah pihak kerajaan, malah sangat jarang dilihat orang kita mengubah suai rumah pangsa. Mungkin kerana takut dikenakan tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa.

Namun lain pula kisahnya yang terjadi di Blok 4, Flat UTM, AU3/1, Ampang di mana seorang penghuni di situ telah sesuka hati ingin menjadikan rumah pangsa yang didiaminya seperti rumah ‘banglo’.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melaporkan bahawa pihaknya terpaksa merobohkan struktur tambahan haram di sebuah rumah pangsa yang di ubah suai tanpa kelulusan.

Menurut MPAJ dalam satu kenyataan, pemilik rumah yang di ubah suai tanpa kelulusan tersebut menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlaknya tetapi dikongsi bersama.

“Kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 575 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja,” jelas MPAJ menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Katanya lagi, faktor keselamatan penduduk sekitar juga perlu diambil kira sekiranya tambahan rumah itu bakal mengganggu kerja-kerja menyelamat oleh pihak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan seperti kebakaran dan sebagainya.

“Tindakan penguatkuasaan di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 atas kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran MPAJ telah dilaksanakan pada 25 Mei 2022.

“Tindakan bersepadu ini melibatkan Jabatan Bangunan dan Senibina serta Jabatan Penguatkuasa MPAJ,” katanya.

Difahamkan, tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat.

Kini, gambar-gambar proses meroboh struktur tambahan  oleh MPAJ yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi MPAJ tular di seluruh media sosial.  Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen.

Gambar yang tular di laman Facebook

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.