Connect with us

Politik

“Mereka boleh pilih ‘Melayu penjenayah’ atau Melayu yang bebas daripada kes jenayah” Tegas Kenyataan Tun Dr Mahathir

Hari saban hari, semakin hampir kita dengan tarikh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi. Susulan itu, terdapat pelbagai pihak menyuarakan pendapat masing-masing yang berkait dengan PRU15 itu.

Iospital phone repair gombak

Menurut laporan Astro Awani, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu ingin diperintah oleh Kerajaan yang didominasi Melayu.

Difahamkan, mereka boleh memilih sama ada ‘Melayu penjenayah’ dalam UMNO atau Melayu yang bebas daripada kes jenayah daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bersama rakan kerjasamanya, dalam PRU15 yang bakal menjelang.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitternya @chedetofficial, beliau telah menyenaraikan dan berkongsikan 4 senarai ‘Pilihan Melayu’.

“Pejuang mewakili empat parti politik Melayu iaitu Pejuang, Putra, Iman dan Berjasa serta ramai orang Melayu yang tidak dibenar aktif dalam politik.

“Masalah orang Melayu, terutama kemiskinan dan kehilangan tanah, menjadi tumpuan utama dalam agenda Pejuang,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) memberikan jaminan bahawa keluhuran undang-undang akan dihormati.

“Keluhuran undang-undang akan dihormati. Kuasa tidak akan disalah guna. Rasuah akan diperangi, kos sara hidup akan diturun. Negara akan dipulih sehingga kembali menjadi Harimau Asia.

“Kuasa tidak akan disalah guna, rasuah akan diperangi, kos sara hidup akan diturun dan negara akan dipulih sehingga kembali menjadi Harimau Asia,” tulis beliau dalam ciapan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen menyelar hantaran yang telah dibuat oleh ‘admin’ akaun Twitter tersebut.

Bagaimanapun, ada yang menegur pengguna Twitter yang lain agar faham dulu konteks apa yang cuba disampaikan melalui ciapan berkenaan.

Antara komen netizen:

“Admin pon tah apa2 d tulis ya…#PILIHAN MELAYU??? 😌”

“Karut. Parti yang fokus pada kaum untung menang undi memang karut. Pancing undi Melayu dengan isu kaum dan agama, tapi bila mentadbir negara fokus utama adalah kuasa dan wang ringgit. Isu kaum dan agama hanya untuk alih fokus rakyat dari isu urus tadbir negara. Mengarut!”

“Yang benak benak cakap pasal race card ni dah kenapa bawah tweet ni? Kemahiran membaca dengan kemahiran berfikir tu digunapakai sepenuhnya akal tak untuk memahami konteks tweet ni? Aku bukan macai mana mana parti tapi aku faham tweet ni ditujukan kepada pengundi2 melayu”

 

Hantaran yang tular:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.