Connect with us

Politik

Menteri Kanan Pendidikan Cadang PRU15 Dijalankan Pada Sabtu, Elak Ganggu Operasi Persekolahan

Setelah pembubaran Parlimen dibuat pada 10 Oktober yang lalu, maka tidak lama lagi tarikh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) bakal tiba.

Iospital phone repair gombak

Memetik laporan Bernama, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengesyorkan bahawa hari pengundian bagi PRU15 diadakan pada hari Sabtu.

Hal ini demikian kerana bagi menghalang operasi persekolahan terjejas akibat PRU15 jika tidak diadakan pada hari hujung minggu.

Katanya, pelaksanaan hari mengundi pada hari Sabtu bakal memudahkan persiapan semua pihak terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Secara umumnya kita lihat (hari mengundi) pilihan raya dibuat pada hari minggu, kita harap begitulah pada kali ini supaya tidak jejaskan operasi sekolah.

“(Jika) buat hari Sabtu ia akan memudahkan kerana kalau hari Ahad lain pula kerana ada negeri-negeri yang bersekolah pada Ahad,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Ketiga Putrajaya-Genting Highlands pada hari ini.

Radzi mencadangkan hal berkenaan untuk mengulas pengoperasian sekolah sekiranya PRU15 ditetapkan pada hari persekolahan.

Difahamkan, SPR sebelum ini telah menetapkan PRU14 diadakan pada hari Rabu.

Menurut Radzi, pihaknya akan berbincang dengan SPR mengenai penggunaan fasiliti sekolah untuk tujuan PRU15 dan berharap agar suruhanjaya itu ambil maklum akan cadangan yang diusulkan.

Terdahulu, Menteri Pendidikan sebelumnya, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah menyatakan bahawa 9 Mei 2018 dibuat sebagai cuti khas persekolahan.

Hal ini telah dilakukan bagi memberi laluan kepada PRU14 yang berlangsung pada hari persekolahan iaitu pada hari Rabu.

Dikatakan, sebanyak 6,941 daripada 10,180 Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan di seluruh negara menjadi pusat pengundian dalam PRU-14 pada tahun 2018 itu.

“Walaupun hanya 6,941 sekolah menjadi pusat pengundian dalam PRU-14, namun kita berikan cuti peristiwa khas kepada semua sekolah harian di bawah Kementerian Pendidikan,” jelas beliau.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh beliau selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke -57, di Kuala Lumpur.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.