Connect with us

Luar Negara

Menang Loteri Sekitar RM14 Juta, Lelaki India Luah Rasa Kesal Ramai Ambil Kesempatan

Tuah itu merupakan sesuatu perkara yang diidamkan oleh setiap individu, dan ada yang berbentuk wang ataupun peluang untuk sesuatu perkara. Bagaimanapun, masih ada pihak lain yang suka mengambil kesempatan apabila tuah itu telah diperoleh.

iospital phone repair gombak

Sudah senang baru dicari, itulah perkara yang terjadi kepada seorang lelaki yang juga pemenang loteri di India, Anoop.

Difahamkan, Anoop mengakui berasa kesal selepas berjaya memenangi wang loteri itu yang bernilai 250 juta rupee atau sekitar RM14 juta pada pertengahan September yang lalu.

Anoop meluahkan kekesalannya setelah ramai yang datang ke rumahnya untuk meminjam wang, malah ada yang mengakui diri mereka sebagai saudara.

Berdasarkan laporan media tempatan First Post, Anoop yang merupakan seorang pemandu di Kerala, India telah memenangi wang loteri itu selepas menyertai loteri yang dianjurkan oleh warga setempat.

Susulan selepas kemenangan besar itu, Anoop memuat naik suatu video dengan meminta kepada orang yang tidak dikenali agar jangan mengganggu dia dan keluarganya.

“Saya rasa lebih baik tidak menang.

“Mungkin tempat ketiga lebih baik,” terang Anoop dalam video tersebut.

Dikatakan, Anoop bercadang untuk berpindah rumah bersama keluarganya untuk mengelakkan perhatian orang ramai.

Menerusi media tempatan, Anoop sebenarnya dilaporkan membeli loteri itu dengan menggunakan wang simpanan anaknya pada 17 September, sehari sebelum dia berangkat terbang ke Malaysia untuk bekerja dan berhasrat untuk menjadi seorang chef.

Namun selepas berita kemenangannya itu tular, keluarganya menjadi tumpuan penduduk tempatan.

Anoop pun terus membatalkan penerbangannya ke Malaysia ekoran kemenangan besarnya itu.

“Saya sangat gembira apabila saya menang.

“Ramai orang datang dengan kamera di hadapan rumah, dan kami berseronok,” jelasnya.

Akan tetapi, keadaan menjadi semakin tidak terkawal.

“Saya tidak boleh keluar rumah, saya tidak boleh pergi ke mana-mana. Anak saya sakit dan saya tidak boleh membawanya ke doktor,” luah Anoop berasa kesal.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.