Connect with us

Luar Negara

Maut Dipijak Gajah, Wanita Sekali Lagi Dihempap Oleh Gajah Sama Di Majlis Pengebumian

Gajah merupakan haiwan yang terkenal dengan badan besar dan mampu memusnahkan apa-apa sahaja yang ada di sekelilingnya. Sering juga kita dengar gajah menghempap penghadang jalan, kereta dan macam-macam lagi.

Selain haiwan liar seperti harimau dan buaya, gajah juga boleh menyerang manusia. Lagi-lagi gajah liar yang duduknya di hutan. Oleh itu kita dinasihati berhati-hati jika berhampiran kawasan-kawasan habitat gajah liar.

Gempar di India, seorang wanita berusia 70 tahun maut dipijak gajah, mayatnya sekali lagi diserang oleh haiwan yang sama ketika pengebumian.

Menurut laporan Daily Mail, gajah itu bertindak menyerang wanita tersebut ketika dia sedang mengambil air. Kejadian berlaku pada Khamis lalu di kampung Raipal, India Timur.

Mendiang segera dikejarkan ke hospital kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas mengalami beberapa kecederaan akibat dipijak oleh gajah.

Pegawai polis Rasgovindpur, Lopamudra Nayak berkata haiwan tersebut datang semula ke majlis pengebumian wanita itu pada waktu petang untuk ‘menziarah’ buat kali terakhir.

Lebih tragis, gajah tersebut didakwa memijak dan menghempap mayat wanita itu untuk kali kedua ketika upacara terakhir pengebumian sedang berlangsung. Pun begitu, upacara tetap diteruskan oleh keluarga mendiang selepas gajah berkenaan beredar dari situ.

Difahamkan, gajah tersebut telah ‘merantau’ dari Pusat Perlindungan Hidupan Liar Darma di negeri Jharkhand, iaitu 200 kilometer dari Raipal. Sementara itu, lebih kurang 100 orang dilaporkan telah terbunuh setiap tahun di India disebabkan oleh serangan gajah.

Ekoran itu, kerajaan India mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan kolar radio pada haiwan tersebut dan memaklumkan kepada penduduk tempatan melalui mesej teks apabila haiwan itu mengembara melalui zon yang dihuni manusia.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.