Connect with us

Viral

Mat Kilau Diboikot Netizen Selepas Isu Rumah Tangga Tular, Syamsul Yusof Reda

Nama pengarah filem terkenal Munafik, Syamsul Yusof sejak akhir-akhir ini sering menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas isu rumah tangganya bersama Puteri Sarah.

Pun begitu, namanya sekali lagi diangkat naik selepas menghasilkan filem bertajuk Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang sarat dengan mesej patriotisme. Turut dikhabarkan jualan tiket filemnya laris dijual!

Walau bagaimanapun, selepas terpalit dengan kontroversi melibatkan orang ketiga, ada segelintir netizen yang berniat untuk memboikot filem arahannya konon sebagai ‘pengajaran’.

Namun, pelakon dan juga pengarah berumur 38 tahun ini memberikan respon yang tenang walaupun menerima kecaman dan ancaman yang hebat daripada netizen.

“Walau segelintir ingin memboikot filem, memboikot karya saya, ‘Lets cancel Syamsul Yusof dan iri dengan kejayaan dari Allah.

“Namun mereka lupa..mereka bukanlah Tuhan. Aku hanya bergantung pada Mu Yang Satu ya Rabbi. Tiada yang Lain. Engkaulah Tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku redha.”

Dalam pada itu, Syamsul lega apabila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mendapat sambutan hangat sejak ditayangkan di panggung semalam (Khamis).

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dibarisi oleh pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Ellie Suriaty Omar, Farah Ahmad dan pelakon aksi terkenal Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian.

Muat naik Insta Story yang dibuat Syamsul

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.