Connect with us

Semasa

Malaysia Catat Tempat Ke-12 Miliki Jalan Raya Terburuk, KKR Nafi Kenyataan Tersebut

Sudah pasti bahawa keadaan jalan raya yang semakin teruk kadangkala mampu mengancam nyawa seseorang. Baru-baru ini pula suatu carta mengenai Negara Miliki Jalan Raya Terburuk telah dikeluarkan semalam.

iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Bernama, negara Malaysia mencatatkan tempat ke-12 Miliki Jalan Raya Terburuk dan kenyataan itu dinafikan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

KKR memaklumkan bahawa artikel yang dikeluarkan itu tidak tepat dan dianggap mengelirukan.

Hal ini disebabkan mereka menggunakan laporan Worst and Best Roads – US and International Ranking yang dijalankan oleh sebuah firma pendidikan pemandu Zutobi dan memberikan persepsi yang kurang baik terhadap kualiti keseluruhan jalan raya yang terdapat di Malaysia.

Menurut laporan tersebut, hanya empat faktor yang diambil kira iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya dan saiz relatif rangkaian jalan raya.

Malah, carta berkenaan hanya mengambil kira data untuk 59 negara sahaja, bukan semua negara di dunia.

Menurut KKR, pada 10 Ogos lepas terdapat suatu lagi kajian yang telah dikeluarkan Utusan Malaysia bertajuk ‘Kualiti jalan di Malaysia 21 terbaik di dunia’.

Berdasarkan kajian itu, Malaysia dikatakan mampu mengatasi Australia, Britain, New Zealand.

Difahamkan, kajian itu dibuat menggunakan sumber yang telah dilakukan oleh The Global Economy yang memperoleh data berdasarkan komponen kualiti jalan yang diterbitkan oleh Indeks Daya Saing Global.

“Kajian itu turut memetik sumber sahih daripada kajian eksekutif melibatkan sejumlah 14,000 tokoh dari 144 negara yang menyertai Forum Ekonomi Dunia yang berpusat di Davos, Switzerland,” terangnya.

Tambahnya lagi, tahap jalan raya negara ini merupakan antara terbaik dengan memperoleh mata sebanyak 5.3 mata daripada julat keseluruhan tujuh mata.

Dikatakan, tahap jalan di Malaysia ini lebih baik berbanding Sweden (ke-23), Kanada (ke-31), Australia (ke-33), Britain (ke-37) dan menduduki tangga kedua dalam Asia Tenggara, selepas Singapura.

Dalam pada itu, KKR sentiasa mengambil perhatian terhadap mana-mana kajian yang dibuat sebagai salah satu langkah untuk semak dan imbang dalam memastikan penyampaian maklumat yang baik kepada masyarakat di negara kita.

“Pelbagai komitmen berterusan dilaksanakan KKR khusus dalam menjaga kualiti jalan raya di negara ini, penyenggaraan ini difokuskan kepada Jalan Persekutuan dengan jumlah panjang 20,017 kilometer, selain KKR menerima sebanyak lebih RM900,000 peruntukan sebagai kos penyenggaraan jalan raya di seluruh negara dan 6,656 tampalan jalan berlubang telah dilaksanakan sehingga Ogos lepas,” ulas lanjut KKR.

Menerusi kenyataan yang sama, KKR menegaskan bahawa akan memfokuskan usaha yang berterusan dalam menjaga kualiti jalan raya di Malaysia melalui kempen Zeropotholes yang diadakan sejak tahun 2017 dan Kempen Kita Jaga Jalan Kita yang telah dilancarkan pada November 2021.

Tambahan info, peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta telah diluluskan untuk Perbelanjaan Pembangunan Kerja-Kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen di Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia secara sekali beri menerusi surat Kementerian Kewangan Malaysia pada 13 Sept yang lalu.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.