Connect with us

Semasa

“Malaysia akan ambil ikhtibar” Faizal Azumu Beri Kenyataan Ekoran Rusuhan Liga 1 Indonesia

Kadang kala, sering kita dengar mengenai pergaduhan atau rusuhan selepas perlawanan bola sepak diadakan akibat perasaan tidak puas hati masing-masing sehingga bertindak di luar kawalan.

iospital phone repair gombak

Baru-baru ini pula kita dikejutkan dengan berita di mana 125 orang terkorban akibat rusuhan selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia pada Sabtu malam yang lalu.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan bahawa beliau akan berhubung dengan rakan sejawatnya di negara tersebut bagi menghuurkan bantuan.

“Kita menganggap Indonesia bukan sahaja sebagai jiran kita tapi mereka juga adalah saudara kita. Maka dengan kejadian rusuhan yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang banyak, begitu mendukacitakan.

“Malaysia akan mengambil ikhtibar daripada kejadian itu dan kita belajar bagaimana untuk mengelak perkara ini berlaku, bukan sahaja di sini, tetapi kita harap ia tidak berlaku di mana-mana juga,” terang beliau mengenai insiden tersebut.

Difahamkan, Faizal Azumu ditemukan pada Ahad malam ketika hadir Majlis Makan Malam dan Dana Pilihan Raya ke-15 (PRU15) Pas Perak di Ipoh.

Takziah turut diucapkan kepada kerajaan Indonesia dan seluruh rakyat mereka, terutamanya kepada keluarga mangsa.

Sekadar info, seramai 125 orang dilaporkan terkorban, termasuk dua anggota polis, dalam insiden rusuhan selepas perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.

Dikatakan, angka korban itu disahkan oleh pihak polis Indonesia selepas semakan semula jumlah mangsa.

Sebelumnya, jumlah angka korban itu didapati berbeza dan perbezaan jumlah mangsa yang dilaporkan terdahulu itu disebabkan oleh kesilapan dalam rekod kematian di 10 hospital yang mengendalikan mangsa.

Terdahulu, beberapa media tempatan dan antarabangsa juga melaporkan angka korban yang berbeza iaitu antara 125 hingga 174 orang dengan memetik sumber yang sahih.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.