Connect with us

Viral

“Majlis ilmu dan tazkirah tak perlu bayar pun “, Ustaz Ahmad Dusuki Kecewa Netizen Rungut Tiket Konsert Dewa 19 Sold Out

Menjelang hujung tahun, semakin banyak kita lihat kumpulan-kumpulan muzik dari luar negara menjual tiket konsert siaran langsung mereka.

Mungkin kerana negara ini sudah terlalu lama tidak dipilih sebagai lokasi konsert besar-besaran, dilihat ramai peminat yang membeli tiket sehingga habis dijual!

Baru-baru ini kita dikhabarkan kumpulan muzik dari negara seberang Indonesia iaitu Dewa 19 bakal bertemu peminat di Malaysia pada bulan September akan datang.

Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, konsert itu diadakan sempena meraikan tahun ke 30 kumpulan itu ditubuhkan. Dewa 19 turut menjanjikan 30 buah lagu untuk dipersembahkan kepada peminat.

Dalam pada itu, ramai yang kecewa gara-gara tidak berkesempatan mendapatkan tiket kerana habis dijual dalam tempoh kurang daripada sejam!

Bagaimanapun, hal ini telah menarik perhatian penceramah agama, Ustaz Ahmad Dusuki untuk bersuara. Beliau menzahirkan kekecewaannya terhadap sikap segelintir peminat yang teruja untuk menyertai konsert Dewa 19 nanti.

Beliau turut mempersoalkan sebab warganet teruja untuk mendapatkan sesuatu tiket berbayar sedangkan majlis ilmu keagamaan dan tazkirah yang percuma langsung tidak diendahkan.

“Mengapa tiket sold out? Sebab teruja, kan? Gemerlapan dunia. Masjid tak perlu tiket pun! Majlis ilmu dan tazkirah, itu jalan syurga, tak perlu bayar pun tapi mengapa kita tak teruja? Sebab akhirat itu jauh?” tulisnya sambil mengingatkan orang ramai tentang akhirat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyokong pendapat Ustaz Ahamd Dusuki namun ada juga yang membidas. Menurut sesetengah netizen, tidak salah untuk pergi ke konsert tersebut dengan mengatakan bukan setiap hari mereka berhibur.

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.