Connect with us

Semasa

Majikan Diminta Tunggu Pekerja Asing Di KLIA, Ini Penjelasan Ketua Pengarah Imigresen

Pekerja asing merupakan pekerja daripada luar negara Malaysia berkhidmat di sini dalam pelbagai industri yang memerlukan mereka. Namun, suatu kenyataan telah dikeluarkan untuk memastikan pekerja asing ini masing-masing mempunyai majikan yang sah.

iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Astro Awani, majikan diwajibkan menunggu ketibaan pekerja-pekerja asing baharu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menyatakan bahawa majikan harus bertanggungjawab dalam menguruskan dokumentasi pekerja tersebut dan membuat pengesahan bahawa mereka merupakan majikan kepada pekerja-pekerja berkenaan.

Jelasnya, tempoh selama enam jam diberikan kepada majikan melalui peraturan Jabatan Imigresen itu.

Difahamkan, tempoh tersebut diberikan untuk menerima pekerja-pekerja asing mereka di KLIA, bagaimanapun tempoh itu akan dilanjutkan dalam keadaan tertentu.

“Pekerja-pekerja asing berkenaan tidak akan dilepaskan keluar sehingga majikan sebenar sepertimana dalam permohonan tiba di KLIA untuk menerima mereka. Peraturan ini bertujuan untuk memastikan semua pekerja asing mempunyai majikan yang sah.

“Kegagalan majikan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pekerja asing berkenaan diberikan Notis Penolakan Masuk (NTL) dan akan diarah pulang dengan penerbangan berikutnya ke negara asal,” terang beliau mengenai isu pekerja asing ini melalui suatu hantaran di laman Facebook.

Bagaimanapun timbul satu hantaran di laman Facebook apabila seseorang individu mempersoalkan tindakan menghantar balik pekerja asing yang tidak diambil selepas enam jam tiba di KLIA, dan kononnya Jabatan Imigresen tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku sebarang kelewatan.

Sedangkan, dakwaan tersebut dikatakan tidak berasas kerana pekerja-pekerja asing berkenaan tidak akan dilepaskan keluar sehingga majikan sebenar sepertimana dalam permohonan tiba di KLIA untuk menerima mereka.

Tambahan lagi, tempoh enam jam itu boleh dilanjutkan dalam keadaan tertentu seperti yang sudah dimaklumkan.

Difahamkan, sejak pembukaan semula sempadan negara, Khairul Dzaimee memaklumkan bahawa Jabatan Imigresen telah menguruskan kemasukan pekerja asing baharu berjumlah 98,079 dari 1 April hingga 26 Sept lepas.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.