Connect with us

Viral

Mahkamah Tarik Balik Perintah Long Tiger Dilepaskan Tanpa Dibebaskan, Akui Berlaku Kekhilafan

Sebelum ini, seorang lelaki pelarian berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid menjadi bualan ramai dipercayai berjaya meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak setelah melakukan beberapa kes jenayah dan sivil.

Terbaru, Keputusan untuk melepas tanpa membebaskan Long Tiger telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Muar hari ini dan keputusan itu telah dibacakan Hakim Datuk Abu Bakar Katar.

Difahamkan, pelarian 33 tahun itu diberikan perintah pelepasan bukan pembebasan pada 17 Mei lalu bagi kes peras ugut.

Keputusan pembatalan tersebut dibuat seletah mendapati terdapat kekhilafan sebelum ini dan dibuat sewaktu kematian mengejut saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman pada 23 Mac lalu.

Bukan itu sahaja, mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh yang berdepan tiga lagi pertuduhan diikat jamin.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali dan Muhammad Qaiyyum Ramlan, manakala tertuduh diwakili peguam, Puteri Aisyah Zahirah Zakaria.

Bagaimana pun, Perbicaraan juga akan diteruskan di Mahkamah Majistret Tangkak pada 5 Jun nanti dan mengarahkan Long Tiger hadir untuk penetapan tarikh sambung bicara.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.