Connect with us

Politik

Mahathir ‘Listkan’ Dakwaan Terhadap Muhyiddin Dalam Satu Kenyataan, Persoal Siapa Pengkhianat Sebenar?

Seperti yang kita tahu, tarikh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) semakin tiba tidak lama lagi. Ekoran itu, banyak dakwaan dan pandangan yang dikeluarkan daripada ahli-ahli politik di negara kita ini.

Iospital phone repair gombak

Menurut laporan Astro Awani, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah tampil mempersoalkan tindakan Tan Sri Muhyiddin yang dikatakan cuba menafikan dirinya sebagai seorang pengkhianat selepas terlibat dengan ‘Langkah Sheraton’.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Dr Mahathir dalam laman Facebooknya, beliau telah mendakwa Muhyiddin yang juga merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) cuba mengaitkan dirinya dalam isu tersebut.

“Sebenarnya amat mudah nak pastikan siapa pengkhianat sehingga saya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 22 bulan memerintah. Ada satu ungkapan Bahasa Latin cui bono – yang bermakna siapa yang mendapat keuntungan dari sesuatu keadaan.

“Siapa yang selepas itu takut hilang jawatan PM hingga sekat Parlimen bersidang? Bukankah Muhyiddin juga PM yang minta isytihar darurat supaya Parlimen tidak dapat bersidang?,” soal Dr Mahathir dalam nada sinis.

Kata Dr Mahathir, beliau bukannya menjadi Perdana Menteri melalui ‘pintu belakang’ atau ‘tebuk atap’ seperti Muhyiddin.

“Semasa Muhyiddin PM, dia usahakan supaya pilihan raya Negeri Sabah dibuat ketika negara teruk dilanda COVID-19 dan selepas pilihan raya itu kes-kes naik mendadak dan ramai yang mati akibatnya.

“Muhyiddin juga tuduh saya setuju dia jadi PM. Tapi dia tak cerita soalan saya kepadanya sanggupkah dia jadi PM dengan sokongan kleptokrat.

“Dia jawab sanggup dan dengan angkuh berkata dia tahu macam mana nak tangani kerana dia ada pengalaman politik lebih 40 tahun,” kata beliau.

Difahamkan, hantaran tersebut telah dimuat naik sehari selepas Muhyiddin mendedahkan mengenai peletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari 2020 adalah atas kerelaan sendiri biarpun telah dipujuk supaya tidak meneruskan niatnya itu.

Tun Mahathir membalas kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin dengan mendakwa Muhyiddin tidak malu kerana beliau sanggup meminta perisytiharan sekali lagi demi mengekalkan jawatan walaupun perisytiharan darurat yang dimintanya telah ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jelas beliau, akhirnya Muhyiddin ‘tersembam’ kerana cuma 17 bulan sahaja Muhyiddin mampu menjadi Perdana Menteri setelah dikhianati oleh ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN.

“Dalam pada itu, beberapa negeri yang dipimpin oleh Bersatu telah jatuh ke tangan UMNO dan dibiarkan oleh Muhyiddin asalkan dia kekal jadi PM,” ujarnya.
Dr Mahathir berkata, biarpun diperlakukan begitu, beliau masih sanggup bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 kerana cuba bersangka baik dengan Muhyiddin.

“Pasti ada yang tanya kalau itulah perangai Muhyiddin kenapa saya sebelum ini sanggup cadang kerjasama Pejuang/GTA bersama PN untuk Pilihan Raya Umum ke-15. Saya cuba bersangka baik bahawa setelah dijatuh dan dihina oleh UMNO, dia taubat atau merasa kesal dengan perbuatannya.

“Dia khianat kepada saya tidak mengapa. Saya sangka dia akan cuba tebus khianatnya kepada parti Bersatu sehingga hilang beberapa negeri dan kepada rakyat keseluruhan.

“Rupanya dia tetap angkuh dan hanya mahu menjadi PM,” ulas lanjut Tun M.

 

Hantaran yang dibuat Tun M:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.