Connect with us

Viral

Lif Di KTM Seremban Rosak, Wanita OKU Terpaksa Diangkat Polis Bantuan

Sebelum ini, tular dakwaan di mana pihak pengangkutan awam, RapidKL tidak menyelenggara fasiliti seperti lif selama hampir setahun sehingga menyusahkan pergerakan golongan OKU mahupun warga emas.

Walaupun aduan telah dibuat, pihak berkenaan seolah-olah tidak cakna dengan isu tersebut. Bukan RapidKL sahaja, baru-baru ini sebuah lagi pengangkutan awam tular kerana mengalami isu yang sama.

Beberapa hari lepas, tular sekeping gambar di Twitter menunjukkan kesukaran seorang wanita berkerusi roda apabila lif di KTM Seremban tidak berfungsi. Wanita itu terpaksa dibantu oleh anggota polis bantuan untuk menuruni tangga stesen.

Selepas kejadian tular itu, Railway Assets Corporation dengan kerjasama melaporkan di Facebook bahawa kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah pergi ke tempat kejadian dan membaiki lif.

Kini kemudahan tersebut dikatakan boleh digunakan sepenuhnya dan memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pengguna stesen tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, individu yang turut pernah menjadi penumpang di situ akui aduan telah dibuat namun masih tiada sebarang inisiatif yang diambil. Malah dia berharap agar penyelenggaraan dapat dibuat dengan cepat bagi memudahkan orang ramai.

Selain itu, mereka turut mengkritik pihak KTM kerana mempunyai pengurusan yang lemah secara tidak langsung menyusahkan dan membahayakan keselamatan pengguna pengangkutan awam tersebut.

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.