Connect with us

Viral

Lelaki Kongsi Pengalaman Terlibat Kemalangan Tragis, Syukur Tidak Alami Sebarang Kecederaan Langsung

Ajal hidup seseorang, tiada siapa yang tahu. Walaupun terlibat dalam kemalangan yang sangat ngeri sekalipun, ajal maut itu merupakan ketentuan Tuhan.

Iospital phone repair gombak

Berdasarkan video yang tular baru-baru ini, sebuah kereta jenis Ativa yang dipandu oleh seorang pemuda terbabas ke bahagian tepi lebuh raya.

Difahamkan, keretanya mengalami kerosakan yang teruk iaitu remuk di bahagian hadapan dan di belakang kenderaan.

Perkongsian itu dibuat oleh pemuda tersebut melalui laporan MStar, dikatakan Muhammad Azizi Jasmi, mangsa kemalangan itu menyatakan bahawa kejadian tersebut telah berlaku di lebuh raya menuju ke Kangar, Perlis dari Arau pada petang Isnin lalu.

Kata Azizi, pada waktu itu hujan turun dengan lebat ketika memasuki kawasan Alor Redis, yang terletak berdekatan dengan parit dan sawah padi.

“Saya pandu tak perlahan, tak laju sangat. Apabila hujan lebat tu langit gelap dan angin sangat kuat.

“Kereta saya tiba-tiba bergerak ke kiri ke kanan sebelum hilang kawalan. Masa tu tak dapat pegang stereng, hanya mampu berpaut pada tepi pintu dan kerusi penumpang sebelah, menyebut Allahuakbar berulang kali,” terang Azizi berhubung mengenai kejadian yang menimpanya itu.

Pemuda yang berusia 35 tahun itu meluahkan bahawa segalanya berlaku dengan pantas, dan kereta yang dipandunya itu terbabas sehingga merempuh dua batang pokok di lokasi kejadian.

“Apabila saya rasa kereta betul-betul dah berhenti, saya pada mulanya sangka sudah masuk dalam parit sebab dapat rasakan air masuk ke dalam kereta.

“Paling saya risau kalau saya masih terbabas di tengah jalan, kemungkinan akan dirempuh oleh kenderaan lain amat tinggi sebab jarak penglihatan terhad masa hujan lebat.

“Rupa-rupanya itu ialah air hujan sebab ada ruang terbuka kesan remuk. Kereta ‘landing’ di kiri kanan pokok, di mana seberangnya parit dan sawah padi,” ulasnya.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tiga tahun itu berkongsi bahawa kesan remuk di bahagian hadapan keretanya itu menyebabkan pintu kereta tidak dapat dibuka.

Dan, pada ketika itu dia cuba memanjat keluar daripada kereta itu kerana khuatir kereta itu sudah mulai berasap.

“Saya cuba tolak dengan kaki dan dapat keluar separuh badan. Dalam keadaan hujan lebat, saya melambai-lambai ke arah kereta yang lalu dan menjerit meminta pertolongan.

“Tapi tiada kenderaan yang berhenti. Dalam keadaan basah kuyup itu saya cuba usahakan sendiri kerana risau kereta terbakar,” terang Azizi yang dapat melepaskan diri selepas 20 minit.

Menurut kenyataan Azizi, dia mengaku dia tergamam dan seakan rasa tidak percaya apabila melihat keretanya yang sudah remuk teruk.

Apa yang lebih mengejutkan, Azizi tidak mengalami sebarang kecederaan langsung mahupun luka kecil akibat kemalangan tragis itu.

“Badan menggigil, tangan menggeletar dan lemah lutut. Dalam hati saya tertanya ‘aku hidup lagi ke?’. Saya bergegas ke tempat duduk pemandu dan tiada ‘saya’ di situ terbaring.

“Masa tu terus menitik air mata saya dan duduk di atas rumput di tepi highway sambil beristighfar. Baru sedar saya benar-benar terselamat, Alhamdulillah.

“Saya kongsi video yang merakamkan keadaan kereta kepada isteri dan grup famili, mereka tak percaya apa yang berlaku pada saya. Kawan-kawan pun cakap kalau kemalangan di situ, kalau tak masuk wad akan maut.

“Alhamdulillah tiada kesan lebam atau luka. Saya hanya lapar saja sebab tak makan. Benar ajal dan maut itu adalah ketentuan Tuhan. Alhamdulillah saya masih diberikan peluang untuk teruskan kehidupan,” luahnya dengan penuh rasa bersyukur.

 

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.