Connect with us

Viral

Lelaki Dipenjara, Didenda dan Motosikal Disita Gara-Gara ‘Bersenam’

Walaupun sudah menginjak tahun 2022, golongan ‘mat rempit’ masih wujud. Walaupun mereka ini sudah dikenakan tindakan berulang kali, masih tiada kesan positif yang dilihat.

Budaya ini bukan sahaja membahayakan nyawa si pelaku, malah nyawa pengguna jalan raya yang lain juga turut terancam dengan lagak dan aksi ngeri mereka!

Di Nakhon Sawan, Thailand, seorang lelaki telah didenda serta dipenjarakan selepas didapati melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di sebuah jalan raya.

Menurut laporan Thailand Posts English, video berdurasi 31 saat itu telah tular di seluruh media sosial dan mencuri tumpuan orang ramai yang melihatnya.

Video memaparkan pemuda yang mengenakan baju dan topeng muka hitam itu melakukan aksi ‘senaman’ di atas motor dan ‘meregangkan’ badannya ke belakang. Lebih membimbangkan, dengan aksinya itu, dia hampir sahaja melanggar sebuah lori di hadapan!

Pemuda tersebut langsung tidak mengendahkan pengguna jalan raya di situ dan memecut motor yang ditunggangnya sehingga ramai netizen yang mendakwa bahawa dia berada di bawah pengaruh alkohol.

Sebaiknya video itu tular, pihak polis berjaya mengesan dan menahan pemuda tersebut. Dia didakwa atas kesalahan menunggang motosikal secara cuai dan beberapa lagi kesalahan lain.

Dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Wilayah Nakhon Sawan, pemuda itu dilaporkan telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama sebulan, didenda 3,000 baht (RM379) serta motosikalnya disita.

Video yang tular di laman TikTok

@utusantvofficial Macam2 hal. Kejadian di wilayah Nakhon Sawan, Thailand. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.