Connect with us

Viral

Lambat Seminit Ke Pejabat Kerja Lebih 10 Minit, Undang-Undang Baru Syarikat Jadi Debat Netizen

Datang awal ke ke tempat kerja sudah menjadi tuntutan bagi mana-mana tempat kerja. Selain dapat membentuk disiplin, datang dalam masa yang ditetapkan juga akan meraih kepercayaan majikan.

Walau bagaimanapun, mesti akan ada hari di mana pekerja akan lewat sedikit sampai ke tempat kerja. Mungkin kerana kecemasan yang tak dapat dielakkan, mungkin juga sebaliknya.

Baru-baru ini tulah sekeping gambar yang menyatakan undang-undang baru syarikat. Dalam kertas bersaiz A4 yang bercetak itu menyatakan setiap minit yang pekerja lewat, harus diganti dengan bekerja selama 10 minit ekstra selepas habis waktu bekerja iaitu 6 petang.

Malah, si majikan siap menunjukkan contoh situasi bagi memahamkan lagi para pekerjanya dengan syarat baru yang dikeluarkan itu. Kertas itu juga dilihat ditampal di ruang bekerja. Mungkin untuk menyenangkan lagi pekerjnya untuk membaca.

Hantaran ini telah dimuat naik ke laman Reddit oleh individu yang menggunakan nama MinionsAndWineMum. Dia yang pernah bekerja di syarikat itu akui tempat itu adalah tempat yang paling teruk dia pernah bekerja.

Gaji yang ditawarkan juga rendah. Tidak setimpal dengan hukuman yang ditetapkan. Tidak pasti atas motif apa syarat berkenaan dikuatkuasakan, namun orang ramai mengecam dan tidak bersetuju dengan tindakan syarikat tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, netizen mencadangkan untuk melaporkan ke Lembaga Buruh Negeri, namun ada juga yang geram sehingga meminta individu untuk menularkan isu ini di Google review atas nama syarikat berkenaan dan ramai yang menyokong idea itu.

Setakat ini, hantaran tersebut meraih sebanyak 70.6 ribu tanda suka dan 5.1 ribu komen!

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.