Connect with us

Selebriti

Label Seseorang Gay Hingga Jatuh Maruah, Peguam Kata Tertuduh Boleh Saman Fitnah

Tular baru-baru ini kontroversi ‘hangat’ yang terjadi antara ahli perniagaan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida dengan penyanyi hebat tanah air, Anuar Zain.

Tuduhan yang dilemparkan Vida kepada penyanyi lelaki tersebut telah menimbulkan kesal ramai netizen. Bukan itu sahaja, kakak dan anak saudara penyanyi itu juga turut campur tangan dalam isu tersebut.

Memetik dari laporan Oh Bulan, seorang peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor turut terpanggil untuk memberi penjelasan sama ada isu berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang atau pun tidak.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya, Nor Zabetha berkata tertuduh boleh melakukan tuntutan saman fitnah di mahkamah sekiranya telah menjatuhkan maruah diri.

“Melabelkan seseorang dengan panggilan gay di hadapan orang ramai, boleh saman atau tidak?

“Bukan setakat melabelkan seseorang gay sahaja, malahan tuduhan-tuduhan yang lain yang menjatuhkan maruah seseorang sehingga menyebabkan orang awam benci, marah atau memulaukan orang yang dituduh juga membolehkan seseorang memulakan tuntutan saman di mahkamah.

“Misalnya tuduhan seperti “perempuan murah”, “penzina” dan lain-lain.

“Jadi jelas sekiranya seseorang dituduh sebagai gay akan menyebabkan masyarakat umum memandang rendah kepadanya, menjauhi, memulaukan dan terdedah kepada kebencian. Maka orang yang dituduh tadi boleh mengambil tindakan saman fitnah.”

Untuk memahamkan lagi pembaca, Nor Zabetha turut memberi contoh dengan berkongsi kes seorang pemimpin politik, Lim Kit Siang dengan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd pada tahun 2013.

“Saya ingin rujuk kepada kes “Lim Kit Siang v Utusan Melayu (M) Sdn Bhd [2014] 1 LNS 1495, mahkamah telah memberikan definisi kepada apakah perkataan atau ayat yang mempunyai kecenderungan fitnah untuk membolehkan Plaintif membuat tuntutan ganti rugi.

“Dalam kes Lim Kit Siang ini, dia menyaman Utusan Malaysia bagi artikel yang telah diterbitkan dalam akhbar Defendan pada 18.8.2013.

“Setelah meneliti segala bukti-bukti dan keterangan saksi, mahkamah berpendapat bahawa artikel yang dikeluarkan adalah berbentuk fitnah dan Defendan diarahkan membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi tauladan secara keseluruhan sebanyak RM250,000.00 dan kos sebanyak RM25,000.”

Terdahulu, Vida didapati melabel Anuar sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis menerusi satu sesi live di media sosial. Tindakan keterlaluannya telah menyebabkan kakak Anuar iaitu Ziana Zain menulis komen ‘sangat biadap’.

Kemudian, Vida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video di Instagram (IG) miliknya. Menurut Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, dia tidak berniat seperti yang didakwa dan beranggapan mungkin dia terlanjur bicara.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.