Connect with us

Semasa

Kuala Lumpur Digemparkan Dengan Hujan Batu

Kejadian yang jarang-jarang berlaku di negara ini akhirnya melanda di tengah-tengah ibu kota, mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Hujan lebat di sekitar ibu negara telah menjadi punca terjadinya  fenomena hujan batu, turut ‘menghentam’ beberapa lokasi.

Terdapat beberapa kawasan di ibu negara dikhabarkan ‘disapa’ hujan batu, diikuti dengan angin kencang bermula 4 petang semalam.

Menurut sumber yang ditulis oleh Berita Harian, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata berlandaskan imej radar dan satelit, awan hujan dan ribut petir aktif mula dicerap memasuki Kuala Lumpur sekitar 3.30 petang.

“Kejadian hujan batu adalah fenomena biasa di negara kita yang mana ia berlaku ketika ribut petir yang kuat berserta hujan lebat dan angin kencang.”

“Apabila awan kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12 kilometer (km), suhu udara di dalam awan melepasi nilai ambang tahap beku dan pembentukan ketulan ais di atas lapisan itu,” katanya berkenaan kenyataan yang diberikan.

Kenyataan tersebut juga menjelaskan ais yang terhasil di dalam awan turun bersama hujan sebagai ketulan ais yang tidak sempat mencair sebelum sampai ke tanah dan titisan hujan yang terbentuk sebagai gumpalan air batu kebiasaannya bersaiz kecil sekitar 1.5 sentimeter iaitu sama saiz dengan sebiji guli.

Turut diterangkan kejadian hujan batu lazimnya berlaku setempat, (localised) iaitu kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus. Tempoh kejadian hujan batu juga mengambil masa yang agak singkat iaitu hanya sekitar 10 hingga 20 minit sahaja.

Video tular di laman Facebook:

Amaran ribut petir pada jam 2.55 petang meliputi kawasan Kuala Lumpur dan amaran berkuat kuasa sehingga 6 petang semalam telah dikeluarkan oleh METMalaysia semalam sebagai langkah berjaga-jaga kepada penduduk di kawasan sekitar.

Orang ramai turut dialu-alukan melayari laman web, aplikasi mobil dan media sosial rasmi myCuaca serta orang awam juga boleh menghubungi talian hotline METMalaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.