Connect with us

Viral

Kritik Barista Guna Bahasa Malaysia, Akhirnya Diri Sendiri Pula Dikecam Netizen

Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Oleh hal demikian, kita tidak kiralah kaum apa sekalipun haruslah mengangkat dan memartabatkan bahasa Malaysia demi menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, berbeza pendapat dengan seorang pengguna Facebook yang mengecam tindakan seorang barista kafe terkemuka Starbucks yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebaliknya menggunakan bahasa Malaysia.

Robert Jonathan berbangsa Cina, telah membuat aduan di dalam satu ‘group’ Facebook dengan menyatakan bahawa pelayan Starbucks kaum Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris akan tetapi hanya menggunakan bahasa Malaysia ketika mengambil pesanan kawannya itu yang dikatakan berasal dari China.

Jelasnya, kawan beliau menggunakan bahasa Inggeris untuk membuat pesanan kopi.

Namun begitu apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terutamanya kaum Cina mengkritik aduan yang telah dihantar oleh Robert itu.

Bagi netizen, seharusnya Robert tahu untuk berbahasa Malaysia dan boleh sahaja untuk menjadi penterjemah untuk kawannya dari China itu.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berpendapat bahawa seharusnya Robert memberikan ‘contoh’ yang baik terhadap orang lain terutamanya dari luar negara akan kepentingan berbahasa dalam bahasa Malaysia.

Menerusi perkongsian Facebook yang tular itu, dapat kita lihat warga Cina juga sayang akan bahasa Malaysia dan tidak ambil enteng sahaja jika perkara sebegini berlaku.

Antara komen netizen:

“Kah2 kne basuh balik, terbaik la rakyat malaysia…”

“Tahniah pada semua saudara cina saya.. Anda btl2 truly malaysia.. Sayang anda semua..”

“Hoi Robert! Mula2 lu tukar nama omputeh tu dulu guna nama chinese nenek moyang lu kasi. Kedua, u masuk kelas balik belajar proper english & grammar. Lepas tu lu baru datang balik kalau mau complain pasal orang lain punya language, okay?”

“Aku belajar Bahasa cina bermula dengan bahasa maki, then afer I read all the screenshot comments, looks like we all start learning languages from maki hahahaaha. Good one….palawotak ini jonathan…oh dia tak faham ini juga. Hehehee”

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.