Connect with us

Viral

Kongsi Pengalaman Tinggal Dengan ‘Biforti’, Siap Ada Yang Karaoke 2-3 Pagi Perasan Suara Ala-Ala Siti Nur Haliza

Penduduk di kawasan rumah pangsa memang terkenal dengan ragam mereka yang bermacam-macam. Namun kebanyakannya ragam mereka memang agak kurang disenangi ramai.

Malah penduduk di sini juga sering jadi bualan hangat di media sosial. Ada yang ubah suai rumah lah, ‘cop’ parking sesuka hati lah dan macam-macam lagi! Siapa yang pernah tinggal di rumah pangsa sahaja faham gelagat manusia di situ.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Asrul Muzaffar di Twitter ini. Beberapa hari lepas, lelaki ini mencoretkan pengalamannya tinggal bersama golongan B40 di sebuah flat di Lembah Klang.

Dengan tajuk 10 MEMORI HIDUP DI KAWASAN BIFORTI yang dikenakan, dia menceritakan sedikit sebanyak bagaimana kehidupan zaman bujangnya semasa menyewa rumah berharga RM350 sebulan di situ.

Asrul akui dalam pada tinggal di rumah yang sempit dan kurang selesa, ada beberapa perkara yang tidak dia sangka mengenai mentaliti majoriti penghuni di situ yang terdiri daripada keluarga B40.

Kata Asrul, budaya cop petak parkir seperti hak mereka sendiri memang terkenal di kalangan mereka. Lebih teruk, ada yang menternak ayam  di dalam kediaman yang kecil dan sempit itu.

Selain itu, tabiat meninggalkan sampah dan tidak membuangnya dengan betul sehingga menimbulkan bau busuk juga sering berlaku. Manakala pada sebelah malam pula gangguan bunyi daripada motosikal milik penduduk dan kecurian yang sangat kerap turut dilaporkan terjadi.

“Ada yang beli mesin karaoke, melalak sampai tengah malam perasa suara dia macam Siti Nurhaliza. Budak-budak B40 pula lepak kat taman depan blok, gelak kuat-kuat sampai 2-3 pagi.

“Cermin kereta kena pecah dua kali. Mungkin budak penagih nak curi duit kecil dalam kereta. Peliknya sistem audio mereka tak curi. Cuma duit syiling atau duit not RM1 dan RM5 yang ada dalam kereta.”

Setelah berjaya berjimat dengan tinggal di rumah pangsa, Asrul membeli kondominium dan mengambil keputusan untuk pindah dari situ, namun tetap mengalami masalah namun berbeza gaya.

“Kondo M40 pun ada juga masalah tapi masalah 1 sampai 10 yang kat atas tu dah tak ada dah. Yang jadi masalah bila ada yang mengelat bayar maintenance fee atau tree huggers yang tak bagi trim pokok walaupun dah jadi sarang nyamuk.” jelasnya lagi.

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.