Connect with us

Semasa

Kini Orang Kelantan Boleh Tonton Mat Kilau Secara Percuma!

Nama pengarah filem terkenal Syamsul Yusof sejak akhir-akhir ini sering menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas terpalit dalam beberapa isu.

Pun begitu, namanya sekali lagi diangkat naik selepas menghasilkan filem bertajuk Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang sarat dengan mesej patriotisme.

Turut dikhabarkan jualan tiket meningkat lebih RM80 juta selepas 25 hari ditayangkan di pawagam di seluruh negara, Singapura dan Brunei!

Menurut sumber Awani, seramai 2000 orang penonton bertuah akan menyaksikan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan secara percuma pada 24 Julai (Sabtu) ini, sempena berlangsungnya Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.

Filem epik mega yang sarat dengan semangat patriotisme itu akan dipertontonkan kepada rakyat Kelantan pada pukul 8 malam, di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor.

Menurut penyelaras program, Ahmad Termizi Musa, tiket percuma itu akan diedarkan kepada rakyat yang bertuah melalui wakil yang dilantik oleh pihaknya di setiap jajahan di Kelantan.

Program yang berlangsung dari 22 hingga 24 Julai di Stadium Sultan Muhammad IV menyediakan pelbagai acara menarik seperti Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, gerai pameran agensi dan kementerian, persembahan tradisional, bekwoh (kenduri), persembahan kebudayaan dan pertandingan Muay Thai.

Tambahnya, keseluruhan kawasan di tempat tayangan akan ditutup kerana hanya 2000 penonton terpilih akan dibenarkan untuk menonton filem itu. Malah pihaknya juga akan mengasingkan tempat duduk antara penonton lelaki dan wanita.

“Dari segi kawalan pula, kita akan pastikan semua penonton tidak membuat sebarang rakaman semasa tayangan filem itu disiarkan.

“Sekiranya kita dapat menangkap individu yang ingkar dengan arahan ini, petugas akan mengarahkan penonton berkenaan keluar dengan serta-merta dan memadam video rakaman berkenaan,” katanya.

Antara pelakon hebat yang membarisi filem ini adalah Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan pelakon antarabangsa terkenal, Yayan Ruhian.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.