Connect with us

Semasa

Khairy Jamaluddin Mahu Vaksin Covid-19 Diberikan Secara Percuma Untuk Rakyat

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan agar vaksin COVID-19 diberikan kepada rakyat secara percuma.

“Menjelaskan beberapa perkara berkenaan perolehan vaksin COVID-19. Kumpulan berisiko tinggi akan diutamakan seperti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) contohnya pekerja frontliners (dan) warga emas.

“Kerajaan akan sediakan jadual pemberian vaksin kepada rakyat. Saya tetap cadangkan vaksin diberi percuma kepada rakyat,” katanya menerusi satu ciapan di Twitternya hari ini.

Sebelum ini, Khairy pernah mengumumkan tentang kadar harga vaksin COVID-19 yang bakal diberikan kepada rakyat di negara ini.

“Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantung kepada rundingan.

“Ada beberapa vaksin ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya, memetik laporan Astro Awani pada 1 Oktober lalu.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.