Selebriti
Khabar Angin Suami Heliza Helmi Beli Gelaran Datuk, Kenyataan Dibuat Timbul Pelbagai Reaksi Netizen

Pada hujung tahun yang lalu, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Bagaimanapun, tular suatu hantaran mengenai suaminya itu yang juga merupakan seorang jutawan.
Baru-baru ini seorang pengguna laman Facebook memuat naik suatu hantaran menyatakan bahawa suami kepada pelakon dan aktivis itu didakwa menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.
Dikatakan, gelaran Datuk palsu bermakna gelaran yang dibeli dan bukan dianugerahkan dari mana-mana istana.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Heliza Helmi kerana seakan-akan ditipu oleh suaminya itu.
Bukan itu sahaja, ada juga individu yang mengatakan bahawa mereka sudah tahu lama mengenai isu tersebut sebelum perkara ini ditularkan lagi.
Namun begitu, masih ada warganet bertindak membela Mahadi dengan mengatakan bahawa asalkan apa yang beliau buat tidak menyusahkan orang lain.
Antara komen netizen:
“Kesiannya kat Haliza ,,”
“Aku ingat Heliza je kena scam. Adoi tok. Tak terkejar kereta api ni.”
“Korang baru tahu ke HAHAHAHAHAHAHA. Aku dari tahun lepas dah tahu🤣🤣🤣🤣”
“Ada org cakap muka ambe mcm beliau. Cuma janggut dia panjang dari ambe. Tu je nak cakap. Biar kat dia la ada dato ke tak. Janji dia tak kacau org pun. Done backup😊😆”
“Biaq pi lah kt dia nk scam datuk ka pa .. yg datuk btul pun scam rakyat, x amanah.. ape lah sgt stakat laki dia tu.. jga amalan sndri sudah.. jgn duk tmbah dosa ngumpat pasai org . Doa yg baik2 sudah lah 🤙”
“Biarlah dato ke tidak..yang penting mereka suami isteri bahagia..semoga semua pasangan suami isteri didunia ini bahagia sentiasa…….🤲”