Connect with us

Semasa

Ketuk, Tumbuk, Tunjuk Isyarat Jari Tengah Pada Cermin Kereta, Peminta Sedekah Rohingnya Semakin Berleluasa

Sebelum ini, kecoh diperkatakan di seluruh media sosial berkenaan isu peminta sedekah berbangsa Rohingya yang menggugat keselamatan pengguna jalan raya.

Walaupun isu ini sudah tidak lagi sering dibangkitkan, namun perkara ini masih lagi berlaku malah dikatakan semakin melampau sehingga mengancam rakyat di negara ini.

Beberapa hari lepas kecoh di TikTok apabila sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai bangsa Rohingya bertindak mengetuk dan menumbuk cermin kereta seorang individu di Simpang Takada, Shah Alam.

Kanak-kanak tersebut dipercayai berada di situ untuk meminta sedekah namun tiba-tiba bertindak agresif sehingga menunjukkan jari tengah kepada perakam video ini.

Video yang berdurasi 12 saat ini juga berjaya mengaut sebanyak 620.6 ribu jumlah tontonan serta meraih 32.2 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sakit hati melihat kelakuan biadap kanak-kanak ini. Sementara itu, ada juga yang berkongsikan pengalaman di mana mereka juga turut pernah diganggu oleh mereka.

Bagaimanapun, netizen menganggap perkara ini membahayakan keselamatan orang ramai dan berharap agar pihak berkuasa dapat bertindak segera dalam menangani isu tersebut.

Video yang tular di laman TikTok

@8hannelsMenarik juga situasi di Simpang Takada sekarang ini. Kesesakan jalan situ bukan masalah sudah bagi kita. Sebab kita ada penemanan budak ini waktu menunggu.♬ original sound – 8hannels

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.