Connect with us

Viral

Kereta Honda ‘Selamba’ Guna Laluan Motosikal Kini Diburu Polis

Perkara biasa yang terpaksa ditempuh oleh seorang pengguna jalan raya ialah melihat ragam-ragam aneh sesetengah pemandu kereta. Kadang-kadang tindakan mereka menyusahkan orang lain sehingga terpaksa melibatkan campur tangan pihak berkuasa.

Selain itu, isu ini juga boleh mengundang bahaya kepada pemilik kenderaan yang lain seperti motosikal dan sebagainya. Oleh itu orang ramai diingatkan agar memandu dengan berhati-hati ketika di jalan raya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan sebuah kereta jenis Honda City selamba menggunakan laluan motosikal. Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 34.1 Lebuhraya Persekutuan.

Tidak pasti motif pemilik kenderaan berkenaan menggunakan laluan motosikal, sedangkan tiada kutipan tol dikenakan di lebuhraya tersebut. Kini, polis sedang mengesan pemilik kenderaan buat siasatan lanjut.

Menerusi kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di Facebook, satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya dapati rakaman video kejadian tular di media sosial kira-kira jam 5 semalam (29 Jun)

“Perkara itu diambil maklum Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan satu laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Semakan mendapati kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu adalah sebuah kereta Honda City dengan nombor pendaftaran VAG 8183.”

Tambahnya, tiada kemalangan atau kecederaan kepada pengguna jalan raya lain ekoran daripada kejadian.

“Justeru, kita minta pemilik atau pemandu kenderaan terbabit serta mana-mana saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.”

Pihak terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim di talian 013-3752511.

Video yang tular di laman TikTok

@call_mezul #pdrmmalaysia #jpjnegeriselangor ♬ bunyi asal – CallMeZUL

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.