Connect with us

Politik

“Kengganan mengundi boleh menjadi dosa” Presiden Pas Abdul Hadi Beri Kenyataan

Umumnya, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di mana suatu bentuk pemerintahan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Ekoran itu, timbul pula isu hukum rakyat yang tidak mengambil peluang mengundi.

Iospital phone repair gombak

Menurut laporan Astro Awani, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah menasihatkan semua warga Malaysia agar menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan keluar mengundi.

Katanya keluar mengundi itu merupakan satu kewajipan, maka hukumnya boleh jadi berdosa jika tidak mengundi.

Terang Abdul Hadi, kengganan mengundi boleh menjadi dosa dalam konteks berdiam diri dalam perkara yang benar atau perkara yang salah.

Jelas beliau, rakyat haruslah memilih pemimpin untuk mewakili mereka bagi membentuk sesebuah kerajaan yang baik dalam mentadbir negara kita ini.

“Dalam amalan demokrasi moden, rakyat diberikan peluang untuk menentukan kepimpinan negara berdasarkan pengundian melalui saluran pilihan raya bagi memilih dasar kerajaan, dan pemimpin yang diwakili akan menentukan dasar serta amalan kerajaan.

“Maka, (tindakan) mereka yang tidak mengundi juga terlibat bagi memenangkan atau mengalahkan, bersetuju atau tidak bersetuju. Dengan kekurangan undinya adalah menentukan pendiriannya.

“Mereka juga terlibat dalam menentukan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka, sama ada benar atau salah.

“Jika mereka berdiam diri terhadap perkara yang benar, maka hukumnya adalah berdosa dan jika berdiam diri dalam perkara yang salah juga adalah berdosa,” tulis beliau menerusi perkongsian di Facebook.

Ahli Parlimen Marang ini turut berkongsikan sejarah umat Islam di mana dunia menyaksikan penindasan terhadap umat di bumi Palestin.

Difahamkan, hal tersebut berlaku apabila bangsa Arab meninggalkan perintah Allah agar mempertahankan Islam dan tanah sucinya.

“Sehingga sekarang umat Islam di Palestin masih memikul akibatnya yang perlu diambil iktibar.

“Almarhum Jeneral Mahmud Syit Khattab dari Iraq yang datang berperang di Palestin pada tahun 1948 pernah menceritakan dalam salah satu bukunya, bahawa beliau menyaksikan ramai dalam kalangan bangsa Arab yang berpeluk tubuh dan bergembira sahaja tanpa mempedulikan apa yang berlaku pada peringkat awalnya.

“Maka, setelah itu mereka menghadapi suatu bencana apabila dijajah dan diperhambakan secara nyata dan halus, sehingga mereka menjadi bangsa yang dihinakan walaupun kaya-raya,” jelas lanjut beliau.

Bagi Abdul Hadi, bencana itu boleh berlaku dalam pelbagai bentuk misalnya seperti penularan wabak, kesukaran mencari rezeki, pengangguran, kezaliman, rasuah, penipuan, kenaikan harga barangan, keruntuhan akhlak, gejala dadah, jenayah dan bencana alam.

“Ini adalah suatu amaran Allah S.W.T supaya kita bangkit mencegah kemungkaran yang semakin banyak, laksana (ibarat) banjir sehingga masuk ke dalam bilik rumah.

“Langkah untuk mencegahnya ialah dengan memilih kerajaan yang benar-benar menunaikan amanah Allah S.W.T, iaitu sebuah kerajaan yang berakidah, beriman dan berakhlak, bukan sahaja memandang dari sudut ekonominya.

“Akan tetapi, sekiranya tidak mempunyai iman dan akhlak, maka ekonominya juga akan runtuh, politiknya pula zalim dan menipu, lantas tiada keamanan dan keselamatan lagi,” ulas Abdul Hadi.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.