Connect with us

Politik

Kelantan Tiada Panggung Wayang, Pemuda PAS Sanggup Turun KL Demi Mat Kilau

Seperti yang kita semua tahu, negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan tidak mempunyai panggung wayang.

Antara sebab-sebab kerajaan negeri di situ, Parti Islam Se Malaysia (PAS) tidak membenarkan panggung wayang dibuka adalah kerana khuatir akan berlaku maksiat antara rakyatnya.

Bagaimanapun, larangan tersebut menjadi persoalan netizen selepas tular sekeping gambar di mana Pemuda PAS terpaksa ke ibu kota untuk menonton filem Mat Kilau yang kini berjaya mengaut jutaan ringgit bagi memberi sokongan kepada industri filem tanah air.

Tindakan Pemuda PAS itu dikritik ramai malah dia digelar hipokrit kerana rakyat Kelantan tidak dibenarkan menonton wayang atas alasan bimbang berlaku maksiat manakala dia sendiri ‘gigih’ ke Kuala Lumpur untuk menonton filem arahan Syamsul Yusof di panggung wayang.

Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan, turut menempelak PAS pada 24 Jun lalu kerana tidak tetap pendirian selepas mengajak orang ramai ke panggung wayang untuk menonton filem tersebut.

Dalam satu hantaran di Facebook, Pemuda PAS Malaysia tampil menjawab kritikan mengenai pengharaman pawagam di Kelantan.

Katanya, selagi filem yang ditayangkan mempunyai barisan pelakon yang menutup aurat dan penonton yang menjaga batas serta jalan cerita tersebut tidak menjurus kepada maksiat, ia tidak dianggap haram.

“Kita tak setuju buka panggung wayang dibuka dekat Kelantan, selagi panggung wayang tu tak selesaikan bab-bab yang kita sebut tadi, bab yang bawa kepada haram tengok wayang.

“Kalau panggung wayang tu boleh asingkan tempat duduk lelaki perempuan dan keluarga, boleh set tiada tayangan semasa waktu solat, boleh pastikan cerita yang ditayang betul-betul patuh syariah, tak ada masalah. Kita pun setuju.

“Tengok Terengganu. Ada je panggung wayang. Dekat sana semua panggung wayang diasingkan tempat duduk lelaki? perempuan dan keluarga. Dekat sana tiada cerita ditayangkan semasa waktu solat, ada Pemuda PAS bantah? Kita raikan lagi,” tulis Pemuda PAS.

Video yang tular di laman Facebook

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.