Connect with us

Semasa

Kekurangan Tiket Feri Punca Langkawi Tiada Pelancong, Ini Keterangan Ketua Pegawai Eksekutif LTA

Langkawi merupakan salah satu pusat pelancongan yang popular di Malaysia dan menjadi pilihan ramai pelancong. Bagaimanapun, Langkawi dikatakan semakin hilang tarikan dan para pelancong lebih memilih untuk melancong ke Thailand berbanding ke Langkawi.

Iospital phone repair gombak

Berdasarkan laporan Kosmo, ternyata kegagalan untuk mendapatkan tiket feri merupakan punca mengapa ramai pelancong membatalkan tempahan bilik untuk ke Pulau Langkawi menjelang cuti yang akan datang hujung minggu ini, Maulidur Rasul.

Sebelum ini, dikatakan perjalanan feri diadakan sebanyak 12 kali sehari akan tetapi telah dikurangkan kepada 5 sahaja sekarang.

Bahkan, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) turut meluahkan rasa bimbang terhadap isu tersebut apabila Langkawi menerima hampir 20 aduan pada setiap hari daripada ah­linya termasuk dengan industri pelancongan lain di situ.

Ketua Pegawai Eksekutif LTA, Zainudin Kadir menyatakan bahawa pembatalan seba­nyak 29% sehingga 3 Oktober lepas telah direkodkan bagi tempahan sepanjang cuti panjang hujung minggu sehingga Isnin tersebut.

“Orang sudah malas untuk ke Langkawi, banyak yang memilih untuk ke Cameron Highlands atau Hatyai, itu realiti sebenar­nya,” terang beliau.

Difahamkan, ia merupakan masalah besar yang dialami oleh industri pelancongan Langkawi dan harus ditangani segera oleh badan agensi dan kerajaan.

“Sempena cuti Maulidur Rasul ini, tempahan banyak diperoleh di sekitar Pantai Cenang sahaja sementara di kawasan lain termasuk pekan Kuah masih le­ngang.

“Contoh mudah, datang dan lihat sendiri keadaan di Terminal Feri Kuah. Dahulu ada 25 kaunter sekarang tinggal lapan sahaja. Banyak pengusaha terdiri agensi pelancongan termasuk kereta sewa ini tidak mampu bertahan kerana kedatangan semakin berkurangan,” ulas beliau lanjut.

Bukan itu sahaja, Zainudin bersama pihaknya berharap lebih banyak lesen diberikan kepada pengusaha luar yang berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan laut tersebut selain usaha memperbanyakkan jadual perjalanan feri.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.