Connect with us

Semasa

Kekurangan Bekalan Makanan, MB Perak Saran Rakyat Tanam Sayur & Ternak Haiwan

Harga makanan yang meningkat terutamanya isu ayam semakin hari menjadi bualan ramai berikutan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi negara pada ketika ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memberitahu Astro Awani ketika ditemui di Program Agrofest Perbadanan Pembangungan Pertanian Negeri Perak (SADC) agar rakyat negeri Perak khususnya untuk menanam sendiri sayuran dan memelihara haiwan ternakan bagi kegunaan sendiri.

Menurutnya, ia merupakan salah satu inisiatif untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga produk pertanian dan penternakan.

“Sebab itu saya kempen di merata tempat supaya apa yang kita hendak makan, kita tanam dan ternak sendiri supaya kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari luar.” jelasnya lagi.

Menerusi kenyataan tersebut, pelagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai termasuklah ada yang mempersoalkan bagaimana bagi orang yang tinggal di rumah kawasan bandar nak tanam sayur atau bela haiwan?

“SADC juga telah memulakan projek Hab Halal Perak bagi mengukuhkan lagi bidang sekuriti makanan. Malah ia dilihat mampu menyediakan peluang pekerjaan sekali gus membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan penjanaan ekonomi rakyat,” tambahnya lagi.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.