Connect with us

Semasa

Kegiatan ‘Cop Parkir’ Salah Di Sisi Undang-Undang, JPJ Tampil Beri Kenyataan Lanjut

Seringkali kita lihat terutamanya di kawasan flat perumahan, segelintir penduduk meletakkan barangan mereka di kawasan parkir kenderaan sebagai tanda ‘mereka punya’ parkir. Bagaimanapun, tindakan ini sebenarnya merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda.

Iospital phone repair gombak

Sikap suka ‘cop parkir’ ini bukan sahaja berlaku di kawasan perumahan, malah kadangkala turut berlaku di kawasan parkir terbuka.

Misalnya, seperti pasar raya, gedung membeli belah dan sebagainya.

Ada juga individu yang meletakkan ‘rakan’ mereka di kawasan parkir sebagai tanda mereka cop parkir tersebut dan mengelakkan kereta lain menggunakan parkir berkenaan.

Hal ini dianggap sebagai suatu kesalahan kerana fasiliti parkir ini ialah kemudahan awam, bukannya milik hak persendirian.

Menerusi ciapan Twitter milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), perbuatan cop seperti letak kerusi, motor, pasu bunga, ampaian baju, berdiri atas petak dan sebagainya di parkir merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan,” tulis JPJ dalam perkongsiannya itu.

Dikatakan, undang-undang ini juga boleh dipakai di semua kawasan termasuklah di tempat awam, mahupun di mana-mana premis swasta.

Difahamkan, denda bagi kegiatan ‘cop parkir’ ini telah ditetapkan di bawah Seksyen 119 yang membawa kepada penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Terdahulu, media melaporkan mengenai isu yang sama yang berlaku di beberapa pangsapuri sehinggakan penduduk meluahkan rasa kesal.

Walaupun surat dan notis telah diberikan beberapa kali oleh pihak perbadanan pengurusan (MC), mereka masih berdegil dengan sikap mereka ‘cop parkir’ itu.

Antara objek yang diletakkan adalah seperti kon, kerusi, pasu bunga, penyidai baju dan tong sampah yang dijadikan sebagai tanda ‘cop’ parkir tersebut.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, sila ikuti perkongsian di laman Twitter JPJ Malaysia dari semasa ke semasa.

 

Hantaran Twitter JPJ:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.