Connect with us

Luar Negara

Keadaan Ekonomi Seluruh Dunia Semakin Gelap, Ini Penjelasan Presiden Jokowi

Seperti yang kita tahu, kegawatan ekonomi semakin merisaukan kebelakangan ini. Bukan sahaja di negara Malaysia, malah di seluruh dunia sekalipun turut terlibat sama.

Memetik laporan media tempatan Kompas.com, tular satu video ucapan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menegaskan bahawa keadaan ekonomi akan menjadi lebih rumit sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai.

Difahamkan, Joko Widodo atau dikenai sebagai Jokowi telah menerangkan mengenai keadaan ekonomi pada 2023 dan beliau menjangkakan tahun depan akan lebih sukar berbanding tahun ini menerusi video tersebut.

Jokowi mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas beliau memperoleh maklumat ringkas sewaktu bertemu dengan beberapa pemimpin tertinggi seperti Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, ketua institusi antarabangsa dan semua ketua negara G7.

“Sekarang ini memang dunia berada pada posisi yang tidak mudah, pada keadaan yang sangat sulit sekali..tahun ini kita akan sulit, terus kemudian seperti apa?

“Pemimpin dunia itu berkata tahun ini kita melalui masa yang sukar, jadi bagaimana tahun depan?

“Tahun depan keadaan ekonomi akan gelap, ini bukan mengenai Indonesia…tetapi mengenai dunia!” terangnya berhubung dengan isu tersebut.

Seperti yang dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PBB, Guterres dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semasa perjumpaan berkenaan, dikatakan sebanyak 66 negara yang didakwa akan mengalami kejatuhan ekonomi.

Jelas Jokowi, kejatuhan ekonomi negara di dunia ini tidak berlaku dalam tempoh drastik, bahkan secara beransur-ansur.

Buktinya, sehingga kini masih ramai penduduk di serata dunia dipercayai sedang mengalami kelaparan.

“Mereka memberi butiran secara terperinci mengenai masalah yang membimbangkan dan kini seramai 320 juta orang di dunia sudah menghadapi inflasi kekurangan makanan,” ulas lanjut beliau.

Beliau menerangkan bahawa kejatuhan itu berlaku disebabkan oleh pelbagai aspek, tetapi inflasi pula menunjukkan peningkatan.

“Saya sampaikan ini kerana kedudukan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja turun malah semuanya jatuh.

“Pertumbuhan ekonomi turun tetapi inflasi meningkat dan harga barang semakin meningkat. Dunia dalam keadaan teruk,” jelas beliau dengan nada yang membimbangkan.

 

Video ucapan Jokowi:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.