Connect with us

Politik

“Kalau saya jadi Ketua Menteri, malu muka saya” Anwar Ibrahim Beri Kenyataan Ingin Basmi Kemiskinan Di Seluruh Negara

Sedar atau tidak sedar, lagi 18 hari sahaja lagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) bakal bermula. Antara parti politik yang bakal bertanding mendapatkan madat bentuk kerajaan, ialah Pakatan Harapan (PH).

Iospital phone repair gombak

PH dikatakan sudah berikrar untuk membasmi kemiskinan di seluruh negara termasuklah di daerah termiskin jika diberikan peluang membentuk kerajaan Persekutuan pada PU15 akan datang.

Berdasarkan laporan Astro Awani, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kadar kemiskinan di negeri tersebut misalnya seperti di negeri Sabah, perlu diselesaikan dengan kadar segera.

“Saya sengaja baca, 20 daerah termiskin di Malaysia, banyak di Sabah. Kalau saya Ketua Menteri, malu muka saya. Aku pemimpin Sabah, UMNO, Bersatu ke, GRS (tetapi) negeri aku mempunyai daerah paling banyak miskin di negeri ini.

“Saya (Ketua Menteri) gaya dengan protokol dan kereta besar, orang tabik… apa jenis ini?

“Sebab itu kalau kita (PH) perintah, Insya-Allah 20 Novemberi ini, tak payah kata Sabah, mana daerah termiskin (yang) majoriti di Sabah atau Kelantan atau Sarawak, kita mesti selesaikan secepat mungkin,” jelas Anwar ketika berucap pada Jelajah Mega PH pada malam tadi.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) telah mengkategorikan lapan daerah di Sabah merupakan sebagai daerah yang termiskin di Malaysia.

Difahamkan, lapan daerah tersebut ialah Tongod, Pitas, Telupid, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud dan Nabawan.

Terang Anwar, PH juga bakal menyuarakan dan memperjuangkan hak di Sabah termasuklah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mula dibawa oleh veteran politik, Lim Kit Siang.

“Siapa yang bawa cuti 16 September kerana kita iktiraf Sabah dan Sarawak bersama Malaysia? Kita yang minta tuntut cuti itu dan desakan kuat di Sabah dan Sarawak dan akhirnya, (Datuk Seri) Najib umum,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang bakal bertanding dalam PRU15 pada kali ini mewakili kerusi Parlimen Tambun mahukan sokongan penuh daripada penduduk Sabah terhadap calon-calon daripada gabungan tersebut.

Jelas Presiden PKR itu, pengundi perlu mempertimbangkan agar tidak memberikan undi kepada parti-parti kecil.

Hal ini demikian kerana kesan tindakan itu didakwa tidak mampu membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Parti-parti kecil ini, dia boleh pecahkan undi pembangkang tetapi tidak boleh ‘deliver’. Kita di PH, Insya-Allah bila menang di kerajaan Persekutuan kami akan berkhidmat kepada semua… untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Jadi, jangan main sentimen negeri. Saya tegaskan semula, ingat sokong yang bagi pecah-pecah ini (parti kecil), akhirnya yang menang puak sana. Kita kena pastikan kita bersatu,” ulas lanjut beliau lagi.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.