Connect with us

Semasa

Kad NFC TnG Dijual Semula Harga Melampau, KPDNHEP Kesan Kegiatan Dalam Platform Pasaran Talian

Seperti kita sedia maklum, pelbagai kelebihan  yang dapat diperoleh melalui penggunaan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go (TnG). Namun begitu, masih ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menjual semula kad tersebut dengan menaikkan harga kadar melampau.

iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Bernama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengesan kegiatan penjualan semula kad NFC TnG dengan harga berlipat kali ganda daripasda harga asalnya di platform pasaran talian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa empat aduan rasmi telah diterima oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP berhubung dengan kad NFC TnG.

Difahamkan, terdapat 13 iklan dapat dikesan yang melakukan jualan kad tersebut dengan membabitkan beberapa platform dalam talian.

Menurut beliau, siasatan awal menunjukkan penjualan kad NFC TnG itu juga melibatkan pekerja di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak.

“Individu berkenaan didapati menjual sekeping kad NFC TnG yang asalnya berharga RM10 tanpa ada sebarang kredit di dalamnya pada kadar lebih lima kali ganda, menerusi platform pasaran dalam talian,” jelasnya.

Melalui keterangan Nanta, sebanyak 11 premis termasuklah kediaman peribadi dan bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes berkenaan berdasarkan semakan dan maklumat daripada pengelola platform pasaran dalam talian.

Nanta turut memaklumkan bahawa terdapat enam notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan kepada pihak yang terlibat, yang antara lain menuntut maklum balas atau penjelasan rasmi dikemukakan kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP.

“Kegagalan berbuat demikian, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21(5) AKHAP 2011 kerana enggan atau gagal mengemukakan maklum balas,” terangnya mengenai isu tersebut.

Dikatakan, pertemuan dengan syarikat TnG minggu ini dijangka bakal diadakan oleh pihak KPDNHEP untuk mendapatkan status kaedah semasa penjualan kad NFC TnG dan status isu kekurangan bekalan kad NFC TnG.

Sekadar info, kad NFC TnG memudahkan pengguna untuk membuat tambah nilai pada bila-bila masa dan di mana-mana saja daripada aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Bukan itu sahaja, pengguna kad dan perkhidmatan itu juga tidak akan dikenakan sebarang surcaj apabila tambah nilai dilakukan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.