Connect with us

Viral

Jumpa Pembalut Luka Terpakai Dalam Kuetiau Goreng, Warga Netizen Luah Rasa Jijik

Dalam penyediaan makanan, aspek kebersihan sangat penting untuk diamalkan. Hal ini dilakukan bagi memastikan makanan yang disediakan dalam keadaan yang bersih, bebas dari sebarang kekotoran dan selamat untuk dijamah.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial mengenai makanan yang telah disediakan oleh sebuah restoran itu didapati terdapat pembalut luka sekali di dalamnya!

Menerusi ciapan di laman Twitter itu, seorang wanita mendakwa bahawa dia fikirkan pembalut luka itu hanyalah kulit ayam lalu meletakkannya di bahagian tepi makanan tersebut.

Setelah hampir habis menjamah kuetiau goreng itu, barulah dia perasan bahawa ianya merupakan sekeping pembalut luka yang kelihatan seperti sudah lama terpakai.

Menurut pengguna Twitter tersebut bernama Hannah, pesanan makanan tersebut telah dibuat menerusi perkhidmatan penghantaran makanan dari sebuah kedai makanan yang bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

“Terdapat plaster luka dalam kuetiau goreng saya, saya nak menangis dan sangat geli, lebih teruk plaster tersebut telah digunakan.

“Separuh jalan makan baru perasan benda itu. Saya sangkakan ia hanya kulit ayam, selepas kawan nak habiskan makanan saya, dia yang perasan itu adalah plaster terpakai,” luahnya dalam ciapan Twitternya itu.

Sementara itu, pengguna Twitter tersebut turut menyatakan bahawa dia bakal mengambil tindakan terhadap peniaga restoran berkenaan kerana tidak mengamalkan aspek kebersihan makanan kepada pelanggan dengan cermat.

Menerusi ciapan yang tular itu juga, servis penghantaran makanan yang terlibat itu turut meletakkan komen mengenai insiden tersebut.

“Alamak! 😫 Kami memohon maaf kerana peniaga berkenaan tidak melalukan pemeriksaan sepenuhnya dalam penyediaan makanan kepada cik. Tolong DM kami nombor telefon cik dan nombor tempahan cik. Kami akan lakukan semakan segera. Terima kasih!” tulis admin akaun Twitter perkhidmatan penghantaran makanan berkenaan.

Meninjau di ruangan komen hantaran asal, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik membayangkan makanan itu yang telah dijamah sehingga hampir habis itu.

Ada juga warganet yang berkongsi mengenai pengalaman mereka menerima makanan yang tidak bersih di ruangan komen tersebut.

Antara komen netizen:

“kembangggg tekakkkkk oi 😭”

“Meremang tekak aku tengok🤢”

“I dulu pernah makan nasi goreng ada paku karat 😭😭😭😭😭”

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.