Connect with us

Semasa

Joli Sakan RM180K Hasil Pecah Masuk Gudang, 3 Sekeluarga Direman Bantu Siasatan Lanjut

Kes pecah masuk dan rompak bukanlah suatu perkara asing untuk kita dengar. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mengurangkan kegiatan ini bagaimanapun masih ada pihak yang masih berdegil.

Iospital phone repair gombak

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itulah pepatah yang sesuai digandingkan dengan kisah yang terjadi baru-baru ini.

Menerusi laporan Kosmo, lebih separuh daripada wang berjumlah RM 180,000 sempat dibelanjakan oleh tiga sekeluarga termasuk dua beradik warga tempatan.

Difahamkan, wang tersebut telah dicurk dari sebuah gudang alat permainan di kawasan tersebut Seberang Perai pada tiga bulan lalu.

Namun begitu, kegiatan mereka untuk memecah masuk ke gudang yang sama buat kali kedua pada bulan lalu mengundang padah disebabkan hal itu berjaya dikesan oleh pemilik gudang berkenaan.

Kejadian tersebut dapat dikesan oleh pemilik gudang tersebut yang juga merupakan pengadu bagi kes ini dikatakan gagal mengakses rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menerusi telefon bimbitnya.

Dikatakan, pemilik gudang itu memeriksa rakaman CCTV itu sebelum terus ke gudangnya bagi memeriksa apa yang telah berlaku.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San menyatakan bahawa satu laporan polis dibuat kira-kira pukul 12.22 pagi pada 24 Oktober lalu oleh pemilik gudang selepas mengesyaki pejabat di gudang itu dipecah masuk buat kali kedua.

Kata Tan Cheng San, dua daripada suspek tersebut merupakan dua beradik yang masing-masing berusia 30 dan 25 tahun telah berjaya ditahan beberapa hari kemudian di sebuah rumah.

Antara barang rampasan yang diperoleh termasuklah pakaian, pedang samurai, beg silang, telefon bimbit, pemutar skru dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

Menerusi kenyataan beliau, seorang lagi suspek iaitu isteri kepada suspek utama kini dikatakan sedang mengandung lapan bulan turut ditahan tidak lama selepas itu bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis juga berjaya merampas beberapa barang yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diperoleh hasil daripada pecah gudang itu termasuk sebuah kereta jenis Honda Civic, dua buah motosikal masing-masing jenis Yamaha Y15ZR dan Honda Vario, empat buah telefon bimbit, satu set bilik tidur dan dua buah mesin basuh.

“Turut dirampas adalah tiga bentuk cincin, dua utas rantai tangan, seutas jam tangan pintar serta 12 helai resit pembelian serta resit gadaian emas,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, suspek utama yang merupakan si abang dilaporkan mempunyai 11 rekod jenayah berkaitan pecah rumah dan pecah masuk beberapa bangunan lain bilamana adiknya pula memiliki lima rekod yang sama termasuk berkaitan dadah.

Pihak polis percaya bahawa penangkapan sekeluarga ini berjaya menyelesaikan dua kes aduan membabitkan kejadian pecah gudang dan kedai di sekitar Seberang Perai Tengah yang terjadi pada Julai dan Oktober lalu.

Kesemua suspek kini direman sehingga hari Isnin hadapan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.