Connect with us

Semasa

Jemaah Umrah Malaysia Dikuarantin Akibat Covid

Selepas menerima dos vaksin secukupnya dan negara membenarkan raktyatnya berurusan ke luar negara, sering kita lihat di media sosial ramai yang sudah pergi melancong dan sebagainya.

Tidak melepaskan peluang, umat beragama Islam di Malaysia juga mengambil kesempatan ini untuk menunaikan umrah atau haji di Mekah.

Dikhabarkan baru-baru ini 55 orang jemaah umrah dari Malaysia yang disyaki positif Covid-19 sejak Isnin lalu dan sedang menjalani kuarantin di Mekah, Arab Saudi sekarang berada dalam keadaan baik.

Berdasarkan laporan yang ditulis SelangorKini, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberitahu jemaah yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simpton Covid-19 yang kronik. Mereka turut ditempatkan di bilik hotel berasingan agar tidak menjangkiti jemaah yang lain.

Beritahunya lagi, pihak agensi pelancongan yang membawa jemaah umrah itu menjaga kebajikan mereka dengan baik sekali serta menyediakan makanan dan minuman tiga kali sehari selain menghantar ubat-ubatan yang diperlukan jemaah.

“Ujian PCR seterusnya akan dilakukan dalam masa terdekat. Jemaah yang mendapat keputusan negatif akan terus dibeli tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia,” jelasnya kepada media.

Ketika menghubungi Wisma Putra sebelumnya, pihaknya menyatakan mereka berhubung rapat dengan para jemaah umrah terbabit dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah menghantar pasukan bagi menghulurkan pertolongan.

Selain itu Mohd Fahmi Mohd Nawi iaitu Pengarah Urusan In Saff Travel and Tours Sdn Bhd memberitahu pihaknya mempunyai pasukan operasi khas di Arab Saudi yang membantu jemaah sejak hari pertama mereka menjalani kuarantin.

“Kami telah memaklumkan kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Arab Saudi berkenaan dengan isu ini pada 28 Disember dengan melampirkan maklumat jemaah seperti pasport, visa dan keputusan ujian PCR.”

“Marilah sama-sama kita doakan agar jemaah kami sabar dan tabah serta cepat sembuh,” jelasnya lagi.

Seperti yang dimaklukmkan oleh enteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 28 Disember lalu, Arab Saudi disenaraikan dalam antara 18 negara berisiko tinggi jangkitan varian Omicron.

Jemaah umrah yang pulang ke tanah air kini diminta memakai peranti penjejak digital sepanjang tempoh kuarantin.

Kementerian Kesihatan mengumumkan sebanyak 62 kes varian Omicron dikesan di negara ini pada Sabtu lepas dengan 30 daripadanya melibatkan jemaah umrah.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.