Connect with us

Viral

Jemaah Pakat Tunjuk Muka Terkejut, Petugas Selamba Berkaki Ayam Atas Plastik Makanan

Lain negara, lain budaya. Itulah yang sepatutnya ditanamkan dalam pemikiran kita jika hendak merantau ke negara orang lebih-lebih lagi ke tanah suci Mekah.

Mungkin sesetengah daripada kita mendapati budaya yang mereka amalkan di sana aneh namun sebenarnya sebaliknya. Bagaimanapun, ketika di tanah suci, kita diingatkan untuk selalu sabar dan tidak merungut.

Begitulah situasi yang dihadapi oleh beberapa orang jemaah ketika di tanah suci apabila pelapik plastik makanan dilihat dipijak-pijak oleh salah seorang petugas di sana.

Video TikTok berdurasi 16 saat itu dimuat naik semula di Twitter oleh @dauspozi dan mengundang banyak persepsi dari rakyat negara ini.

Menerusi video yang dikongsi, petugas lelaki itu sedang mengedarkan air kotak kepada jemaah-jemaah wanita yang sedang duduk di lantai ketika itu.

Apa yang menimbulkan hairan orang Malaysia adalah lelaki tersebut tidak semena-mena berjalan dengan berkaki ayam sahaja di atas pelapik plastik.

Lelaki itu malah berjalan tidak memandang ke bawah. Dia melangkah air kotak yang diberi kepada jemaah dan hampir sahaja memijak air kotak tersebut. Masing-masing yang berada di situ menunjukkan riak muka hairan dan aneh.

Bagaimanapun, walaupun perbuatan tersebut dianggap tidak bersih dan kurang adab, ianya situasi yang normal di Mekah. Menurut seorang pengguna Twitter, berdasarkan pengalamannya, hal tersebut hanya berlaku pada bulan Ramadan sahaja.

Difahamkan, makanan seperti nasi tidak akan dihidang di atas pelapik plastik itu sebaliknya semua makanan akan diletakkan di dalam bungkusan sebelum diedarkan kepada jemaah.

Sementara itu, pelapik plastik yang diletakkan bertujuan mengelakkan makanan tertumpah di atas lantai kerana dalam masa 10 ke 15 minit tempat tersebut akan dijadikan tempat mendirikan solat. Oleh itu, rakyat Malaysia diminta untuk tidak cepat menilai dengan budaya di sana.

Video yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.