Connect with us

Semasa

Jari Pelajar Tahun 2 Patah, Akibat Ditimpa Bilah Kipas Uzur Dalam Bilik Darjah

Seakan mimpi ngeri bila terbayang kipas yang berpusing di atas kita tiba-tiba terjatuh dan menghempap kita.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini, jari seorang pelajar sekolah Tahun 2 dikatakan telah patah akibat terkena bilah kipas yang jatuh dari siling bilik darjah dalam kejadian yang berlaku di salah sebuah sekolah bertempat di Selama.

Difahamkan, insiden itu berlaku pada Selasa lalu kira-kira pada jam 10 pagi sehingga menyebabkan tiga orang pelajar yang lain mengalami kecederaan ringan.

Menurut bapa kepada pelajar perempuan tersebut, 32, dia menyatakan bahawa selain patah jari, anaknya itu turut mengalami kecederaan lain termasuk di bahagian dada kesan daripada terkena kipas berkenaan.

“Secara kebetulan, meja anak saya betul-betul di bawah kipas itu, jadi kecederaan yang dialaminya agak serius berbanding pelajar yang lain.

“Apabila dibawa mendapatkan rawatan ke hospital, doktor memaklumkan tulang jari kiri tangan anak saya telah patah dan terpaksa disimen,” kata bapa mangsa yang dikenali sebagai Mohd.

Jelas Mohd, anaknya itu telah diberikan cuti sakit selama 14 hari dan masih trauma dengan tragedi hitam yang menimpanya itu.

Katanya, dia dan isterinya berasa agak terkilan kerana pihak sekolah tidak melakukan tindakan pantas dan segera dengan sewajarnya.

Sepatutnya pelajar berkenaan terus dibawa ke hospital oleh pihak sekolah sejurus insiden itu berlaku, bagaimanapun pihak sekolah hanya menunggu ibu bapa pelajar berkenaan hadir dan membawanya sendiri ke hospital.

“Saya terima kemalangan ini berlaku kerana ia bukanlah disengajakan, cuma terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa yang lain,” ulasnya.

Mohd sendiri mendakwa bahawa dia sendiri telah melihat keadaan kelas tersebut di mana kipas tersebut sememangnya sudah uzur, berkarat dan sama sekali tidak patut digunakan lagi.

Tambah Mohd lagi, penggunaan peralatan yang uzur dalam sesebuah kelas seharusnya tidak digunakan lagi bagi mengelakkan kejadian buruk terjadi, seperti yang telah berlaku pada anaknya itu.

Lebih-lebih lagi, isu ini membabitkan keselamatan pelajar-pelajar sekolah dan guru di dalam kelas tersebut.

“Sekiranya perkara ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, tidak mustahil kejadian sama boleh berlaku lagi,” terang Mohd.

Ekoran itu, laporan polis telah dibuat oleh Mohd di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama pada petang semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sabri Saad telah mengesahkan bahawa laporan kejadian terbabit telah diterima oleh pihaknya.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.