Connect with us

Informasi

Jangan Terlalu Selesa, Varian Baharu Dijangka Akan Muncul – WHO

Selepas wujudnya beberapa varian bahaya di dunia, sekali lagi kita digemparkan oleh WHO dengan adanya varian baharu Coronavirus iaitu Omicron atau B.1.1.529.

Menjelang penghujung 2021, varian yang berasal dari Afrika Selatan ini dikatakan mampu menyebabkan peningkatan penularan, peningkatan kematian dan disebut berkemampuan dalam mempengaruhi keberkesanan vaksin.

Semua orang tidak harus menganggap varian Omicron ini sebagai varian terakhir dan menganggap dunia kini lama-kelamaan menuju ke pengakhiran pandemik kerana pandangan tersebut dianggap berbahaya.

Menurut sumber Berita Harian, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus iaitu Ketua Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata tidak mustahil akan berlakunya peralihan daripada fasa sukar dalam pandemik COVID-19 pada tahun ini.

Tambahnya lagi, peralihan ini dapat kita sama-sama saksikan jika strategi tertentu dalam kecemasan kesihatan global seperti saringan dan vaksin digunakan secara keseluruh.

Dr Tedros berkata pada ucaptama mesyuarat Lembaga Eksekutif, sejak Omicron dikesan lebih kurang sembilan minggu lalu, lebih 80 juta kes positif COVID-19 dilaporkan, berbanding kadar lebih rendah yang dicatatkan sepanjang 2020.

“Keadaan sangat sesuai untuk lebih banyak varian muncul,” kata Dr Tedros.

Dalam isu gawat berkenaan, Dr Tedros memohon agar seluruh dunia mengikat kerjsama yang utuh demi kita bersama-sama keluar daripada fasa sukar pandemik, berteraskan ‘senjata’ sedia ada.

“Pandemik COVID-19 kini memasuki tahun ketiga dan kita berada di persimpangan yang sangat kritikal.”

“Kita perlu bekerjasama untuk keluar daripada fasa sukar pandemik ini. Kita tidak boleh biarkan ia berlarutan, tanpa bersikap panik dan tidak acuh,” katanya lagi pada sidang media bersama Menteri Pembangunan Jerman, Svenja Schulze.

Secara keseluruhannya, Dr Tedros berkata Jerman adalah negara yang mencatat kes tertinggi tanpa memberikan butiran lanjut secara terperinci.

Mengikut sejarah pula, Amerika Syarikat (AS) merupakan penyumbang kewangan terbesar kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu. – REUTERS

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.