Connect with us

Semasa

“Usah Bising Tidak Ada Duit Kalau Mampu Beli Tiket Konsert” Prof Teo Tegur Sikap Rakyat Dalam Menghadapi Inflasi

Di kala negara mengalami inflasi yang semakin meningkat, orang ramai dilihat masih mampu untuk membeli tiket konsert yang berjumlah mencecah sehingga ratusan ringgit!

Ada yang beranggapan bagi sesiapa yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit semata-mata untuk sekeping tiket, pasti tiada masalah dengan isu inflasi yang melanda.

Menurut Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, beliau melihat rakyat Malaysia sanggup berhabis duit semata-mata untuk berhibur di dalam keadaan kegawatan ekonomi.

“Dalam keadaan gawat ini, sewajarnya kita sebagai rakyat perlu berhemah dalam perbelanjaan, mengatur keutamaan untuk keperluan asas diri. Sekaligus, kita dapat mendidik diri sentiasa bersederhana ketika keadaan memerlukan.

“Apabila kita bersederhana, kita bersyukur dengan keadaan yang berlaku. Kita tidak menjadi generasi melenting, protes tetapi tenang ketika berdepan dengan apapun situasi.” katanya.

Selain itu, beliau turut berkata tidak salah untuk berhibur, namun jika menghadapi isu kewangan oleh disebabkan kesilapan sendiri, jangan merungut tentang kenaikan harga barang dan menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Kalau tidak ada keutamaan dalam hidup, maka inilah yang berlaku. Tidak salah kalau masih mahu hiburan jika anda ada limpahan wang, hidup senang.

“Tetapi jika kita bukan dari kelompok ini (senang) tetapi sanggup mengeluarkan wang untuk berkonsert, jangan lagi merungut tentang kenaikan harga barang; usah bising kerana tidak ada duit dan jangan tunding jari ke mana-mana pihak.” kata beliau kepada media.

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong akui cukup hairan dengan senario yang berlaku dan melihat jati diri rakyat negara ini semakin pudar. Malah, beliau risau melihat keutamaan generasi baharu yang sepatutnya berlajar meningkatkan jati diri.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.